Dikesan Sebagai Kontak Rapat DS Dr Zulkifli, PM Kena Pakai ‘Gelang P!nk’

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin kini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di kediamannya, selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang menghadiri mesyuarat bersamanya disahkan positif COVID-19.

Perdana Menteri memberi jaminan, langkah itu tidak mengganggu urusan pentadbiran kerajaan kerana beliau akan terus bekerja dari rumah dan menggunakan sidang video bagi mengendalikan mesyuarat yang perlu dipengerusikannya.

“Pada 3 September 2020 (Sabtu lalu), saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Untuk makluman, Zulkifli disahkan positif jangkitan COVID-19 hari ini dan kini menerima rawatan di sebuah hospital di Seremban, Negeri Sembilan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjalankan ujian saringan pengesanan COVID-19 ke atas semua ahli dan urus setia mesyuarat terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Muhyiddin berkata, berdasarkan penilaian risiko dilakukan oleh KKM, mereka yang dikenal pasti kontak rapat ketika mesyuarat itu diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari bermula bermula 3 Oktober dan dipakaikan gelang pengawasan.

Jelasnya, ahli mesyuarat yang bukan kontak rapat pula dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari bermula tarikh sama sehingga 16 Oktober ini dan memantau status kesihatan kendiri menerusi aplikasi MySejahtera.

“Sehubungan itu, saya akan menjalani kuarantin kendiri di kediaman saya selama 14 hari mengikut nasihat yang diberikan oleh KKM.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, saya juga melakukan ujian saringan pengesanan COVID-19 setiap dua minggu sejak April lalu dan semua ujian itu disahkan negatif.

“Selain itu, saya melakukan tiga ujian pengesanan COVID-19 dalam tempoh tiga minggu lalu iaitu pada 22, 26 dan 29 September lalu dan didapati negatif,” katanya.

Sumber-Wowberita

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*