DG Hisham Dedah Kenapa Semua Orang Tak Boleh Balik Ke Kampung Dalam Masa Terdekat Ni

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon kerjasama orang ramai khususnya yang menetap di zon merah untuk tidak pulang ke kampung jika tiada keperluan memaksa untuk berbuat demikian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kerjasama orang ramai itu amat diharapkan bagi mengelak golongan berisiko seperti warga emas dan mempunyai penyakit kronik termasuk di zon hijau bebas daripada jangkitan Covid-19.

Menurut Dr Noor Hisham, saranan itu seiring dengan usaha KKM yang sejak awal lagi cuba melindungi golongan berisiko.

“Sejak awal lagi kita cuba melindungi kumpulan berisiko kerana berdasarkan rekod yang ada, sebanyak 64 peratus kematian membabitkan pesakit berusia lebih 60 tahun. Sebanyak 87 peratus lagi terdiri daripada pesakit darah tinggi dan diabetes, jadi adalah lebih baik untuk tidak pulang ke kampung.

“Ini kerana ada kemungkinan anda pembawa wabak dan memindahkannya kepada golongan berusia atau berisiko,” katanya ketika sidang media harian perkembangan Covid-19 hari ini.

 

Sumber – Hmetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*