
KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua minggu menyembunyikan diri, ketua sindiket Macau Scam dan judi dalam talian, Goh Leong Yeong yang menjadi buruan polis, akhirnya diberkas awal pagi tadi.
Goh, 32 tahun, atau lebih dikenali sebagai Alvin, ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi ini bersama seorang wanita, dipercayai warga China, di sebuah hotel di pusat peranginan di Pahang.
“Setakat ini, status wanita yang ditahan bersama suspek masih dalam siasatan. Alvin ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA)
“Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 117,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Suspek yang dipercayai koordinator kepada aktiviti Macau Scam di China, melarikan diri dengan cara memanjat pagar 11 Oktober lalu, di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
ALVIN BERITAHU SEGALA TUDUHAN TENTANG DIA BOSS MACAU SCAM ADALAH TIDAK BENAR
Dalam video itu, Alvin mengakui tidak pernah diberi gelaran Datuk Seri serta mempunyai syarikat telekomunikasi dan peralatan teknologi di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, namun tidak pernah membekalkan kepada sindiket Mcau Scam atau perjuudian atas talian.Dia turut mendkwa hanya kira-kira RM1 juta wang milik syarikat dibekukan SPRM bagi membantu siasatan.
Selain itu, Alvin mendakwa sepanjang tempoh reman di bawah SPRM, dia memberi kerjasama yang baik ketika siasatan berlangsung.
” Bagaimanapun, ketika hari bebas reman (11 Oktober), saya mendapat tahu mereka yang turut ditahan sebelum ini akan ditangkap poIis di bawah Akta Pencegahan Jnayah 1959.
” Itu perkara yang amat serius, jadi saya bertindak ‘keluar’ dari bangunan SPRM melalui pintu belakang,” dakwanya.Dalam pada itu, Alvin mendakwa, dia hanya menyedari dirinya diburu pihak berkuasa apabila gambar dan alamatnya didedahkan pada umum.Ujarnya, perkara itu menyebabkan perniagaannya terganggu serta ramai pekerja berhenti susulan kes berkenaan.
” Saya hanya orang biasa yang tinggal di kondominium dibeli oleh ayah saya, mula melakukan pelbagai kerja termasuk pelayan hotel di Bukit Bintang.
” Oleh sebab itu, saya membuat keputusan untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa kerana percaya ada undang-undang yang akan membuktikan segala ‘tudvhan’ dilemparkan,” dakwanya.
VIDEO PENUH
Kejadian berlaku selepas suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM, sebelum sempat ditangkap semula oleh polis kerana disyaki terlibat dalam penganjuran judi dalam talian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Alvin sebelum ini dipercayai menukar lokasi persembunyian antara ibu negara dan utara tanah air, selepas melarikan diri bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Sumber : AwattSyeikhh Network
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama
PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply