Datuk Seri Suspek ‘Macau Scam’ Dapat Cabut Lari Guna Cara Panjat Pagar! Polis Sedang Buru Suspek

Kuala Lumpur: Polis kini memburu lelaki bergelar Datuk Seri yang juga suspek utama sindiket pengubahan wang haram selepas dia melarikan diri sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Ras-uah (SPRM), kelmarin.

Menurut sumber, sepatutnya lelaki terbabit turut ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan ju-di dalam talian.

Panjat Pagar SPRM

“Bagaimanapun, suspek difahamkan bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri.

“Polis yang ketika itu berada di hadapan bangunan SPRM hanya sempat menahan seorang lagi suspek yang juga dalang utama sindiket itu bersama dua anggota polis bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya.

Sumber berkata, sehubungan itu, polis kini giat mengesan suspek yang menghilangkan diri selepas dibebaskan.

Dalam perkembangan sama, Ketua Jabatan Siasatan J-enayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, polis akan menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman terhadap mereka semalam yang ditahan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

Katanya, seorang lelaki dan dua anggota polis ditahan kelmarin selepas dibebaskan SPRM yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram.

Nik Ros Azhan berkata, bagaimanapun mahkamah menolak permohonan untuk mendapatkan reman itu namun mereka kini ditahan semula membabitkan satu lagi laporan berkaitan perju-dian di Cheras.

“Kita akan tahan mereka semula bagi membantu siasatan berkaitan perj-udian di daerah Cheras yang berkaitan dengan tiga individu ini.

“Permohonan reman baharu akan dipohon supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis memberkas tiga individu yang sebelum ini ditahan oleh SPRM berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

Pengarah Jabatan Siasatan Je-nayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata ketiga-tiga individu itu akan direman bagi membantu sia-satan.

Macau Sc4m hanya satu daripada banyak peni-puan
KAMI berpendapat kes Macau Sc4m yang sedang disiasat sekarang oleh pihak SPRM harus mengingatkan semua pihak ini hanya satu kes scam (penip-uan) yang berleluasa di negara ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 730 akaun bank membabitkan wang berjumlah RM80 juta, serta merampas wang tunai kira-kira RM5 juta kerana disyaki terbabit dalam sindiket Macau Scam.

Terlalu banyak peringatan melalui media mengenai kes penipuan yang diulang lapor mengenai mangsa dan tangkapan serta pendakwaan pelbagai kes membabitkan pelbagai skandal.

Malangnya, kes penipuan terus berlaku yang membabitkan jutaan ringgit. Penip-uan akan sering dicuba oleh pelbagai pihak yang mahu meraih keuntungan lumayan.

Penipuan yang kerap berlaku ialah apabila nombor telefon pengguna sangat mudah diperoleh dan kemudian disalahguna untuk pelbagai sindiket.
Kes mengguna nombor telefon untuk mengugut juga menyebabkan ramai menjadi mangsa.

Berdasarkan statistik 2018, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), mendedahkan jumlah kerugian akibat penipuan jenayah itu meningkat 55.5 peratus seluruh negara berbanding 2017.

Peningkatan itu membabitkan kerugian melebihi RM224.6 juta dengan 4,965 kes direkodkan berbanding tahun sebelumnya, iaitu RM99.9 juta dengan 4,178 kes akibat pen-ipuan Macau Scam.
Penipuan Macau Scam ini menjadi ‘popular’ sekarang dan jenayah tanpa sempadan ini boleh berlaku di mana-mana sahaja

Sumber-Trendingsangat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*