Datang Hanya Mahu Berbual Kosong, Namun Selepas Bun0h Rakan Baiknya, Suspek Panik Selepas Mangsa Dah Tak Bergerak Lalu Nekad Potong Pergelangan Tangan Hingga Putus.

Air mata remaja bunuh kawan bergenang ketika direman….

Kenapa jadi macam ni, dik? Kenapa buat macam tu? Nak kecam pun tiba-tiba takut… Masing2 ada anak2…

Alfatihah buat mangsa. Semoga keluarga terus tabah….

HULU TERENGGANU – Polis berjaya menyelesaikan kes bunuh Siti Nur Suria Ismail, 19, dalam tempoh 17 jam apabila menahan kawan baik mangsa yang mengaku melakukan perbuatan kejam itu hanya kerana berang diperli gadis itu.

Suspek, 19, yang juga bekas rakan sekolah Siti Nur Suria ditahan pada pukul 7.30 pagi selepas dia tampil memberi keterangan di Balai Polis Telemong di sini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, ketika disoal siasat, suspek mendakwa telah menemui mayat Siti Nur Suria tertiarap di ruang tamu ketika pergi ke rumah mangsa pada pukul 9.30 pagi kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, polis mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila terdapat kesan lebam dan gigitan pada beberapa bahagian badannya sebelum dia mengaku telah membunuh mangsa.

“Dia menceritakan, pada mulanya dia hanya pergi ke rumah mangsa sekadar untuk bersembang kosong dan ketika sedang berbual itu, suspek mendakwa Siti Nur Suria telah merendah-rendahkan dirinya terutama tentang status ekonomi keluarga dan rupa parasnya.

“Suspek yang panas hati kemudian telah menyerang mang­sa yang kebetulan sedang meme­gang sebilah pisau untuk me­netas lebihan benang pada seluar­nya,” katanya di sini ­semalam.

Menurut Roslee, suspek dan mangsa kemudian telah bergelut hingga menyebabkan Siti Nur Suria cedera ditetak pada bahagian muka, leher dan dada menggunakan senjata tajam.

Tambahnya, suspek yang panik apabila mendapati ­mangsa tidak lagi bergerak selepas ditetak nekad memotong pergela­ngan tangan kiri mangsa hingga putus.

“Suspek juga telah mengambil wang dan telefon bimbit milik mangsa bagi mencipta plot ko­nonnya insiden itu bermotifkan samun sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal,” ­katanya.

Ujar Roslee, keterangan suspek konsisten dengan bukti televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah rumah burung walit berhampiran rumah mangsa.

“CCTV itu merakam kelibat suspek dan motosikalnya berada di rumah tersebut sewaktu kejadian,” katanya.

Suspek kini direman 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kredit Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*