DARURAT – Najib Seru Kerajaan Ambil Kira Kepentingan Rakyat

Bekas perdana menteri Najib Razak mengingatkan kerajaan bahawa setiap langkah yang dibuat perlu mengambil kira kepentingan rakyat.

Jelasnya, rakyat semakin tersepit dengan keadaan yang tidak menentu dan tidak stabil.

“Rakyat makin tersepit, peniaga makin terhimpit. Kehidupan amat perit bagi ramai. Keadaan amat tidak menentu, tidak stabil, tidak berada di landasan yang diinginkan.

“Setiap langkah yang dibuat perlu ambil kira kepentingan rakyat. Setiap keputusan yang dibuat perlu ada aspek kebajikan rakyat juga.

Kenyataan Najib itu dipercayai merujuk kepada situasi semasa politik negara ketika ini.

Terdahulu jemaah menteri pada mesyuarat khas Kabinet yang dipengerusi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini dilaporkan bersetuju untuk mengisytiharkan “darurat” atas dasar menangani penularan Covid-19.

Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan ketika Muhyiddin berdepan desakan agar berundur sebagai perdana menteri.

Di sebelah petang, Muhyiddin ke Istana Abdulaziz di Kuantan bagi mengadap Sultan Abdullah, dipercayai berkenaan perkara itu.

Sementara itu Najib berkata, selama hampir 10 tahun dia telah mengingatkan kerajaan supaya mendahulukan rakyat dalam apa juga perkara.

Katanya, dia kini hanya mampu bersuara melalui media sosial untuk memberi pandangan.

“Saya hanya mampu bersuara guna FB (Facebook). Saya akan terus berdoa untuk semua.

“Di mana boleh, saya akan terus berikan pandangan. Saya mahu suara rakyat didengari dan dihormati,” tulis Najib lagi.

 

sumber – Malaysiakini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*