DAP Umum Sedia Jalin Kerjasama dengan Muhyiddin Secara Bersyarat. Ini Syarat-syaratnya..

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai peluang terbaik untuk menjadikan Parlimen tempat untuk melakukan kerjasama jujur, perbincangan dan mentadbir bersama-sama dengan parti pembangkang, demi kebaikan negara, kata Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong.
Menurut beliau, kerajaan tidak seharusnya takut dengan Parlimen dan tidak boleh lagi melayan pembangkang seperti musuh negara.
Bagaimanapun, bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu menegaskan, bagi merealisasikan kerjasama itu, Muhyiddin harus ‘mengorbankan’ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Chin Tong
Chin Tong mendakwa, Hamzah telah melakukan pelbagai perkara yang mengundang risiko kepada pentadbiran Muhyiddin.
“Cubaan untuk memohon pengisytiharan darurat juga didakwa, merupakan satu lagi tindakan Hamzah, dengan Azmin Ali secara terbuka mempertahankannya. Saya telah terdengar cadangan untuk menggantung Parlimen dua minggu sebelum permohonan ini dibentangkan.
“Saya juga telah membaca kenyataan President MIC ,(Tan Sri) S Vigneswaran, yang mungkin cuba membuat melihat sentimen masyarakat. Tetapi saya tergamam apabila Muhyiddin benar-benar mengikuti cadangan itu, dan mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong,” kata Chin Tong.
Namun begitu, Chin Tong berkata, keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan itu menzahirkan kebijaksanaan Tuanku dan Raja-Raja Melayu dalam menyelami kegelisahan rakyat.
Kata Chin Tong, bagi mewujudkan kerjasama yang baik antara kerajaan dan pembangkang, Muhyiddin perlu meminta Azmin dan Hamzah meletak jawatan dan bertanggungjawab terhadap memberi nasihat salah berhubung pengisytiharan darurat dan mewujudkan arena politik yang toksik.
“Dengan peletakan jawatan Hamzah dan Azmin dari Kabinet, kerjasama antara parti komponen dan mesra Perikatan Nasional akan bertambah baik dan hubungan yang lebih mesra antara kerajaan dan pembangkang dapat direalisasikan demi menangani COVID-19,” tegas beliau lagi.
Sumber -AstroAwani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*