“Dah Tiba Masanya Wilayah Persekutuan Mempunyai Perbadanan Air Sendiri” – Annuar Musa

Krisis air di Selangor semakin parah apabila rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan sangat tidak puas hati berikutan masalah air yang kerap kali menjadi terganggu.

Susulan dari perkara ini, Menteri Wilayah Perseketuan, Anuar Musa berkata sudah sampai masanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memmpunyai syarikat perbadanan yang menguruskan airnya sendiri.

Selain itu, sistem air di kawasan Selangor atau Kuala Lumpur perlu mempunyai sistem ‘back up’ bagi memastikan Plan B boleh diguna pakai ketika krisis sebegini.

Annuar Musa memaklumkan perkara itu di Twitter hari ini.

Sehingga hari ini, sebanyak 7 wilayah sekitar Lembah Klang yang mempunyai kira-kira 1.2 Juta pengguna terjejas bermula daripada hari Khamis sehingga ke hari ini berikutan pencemaran sungai berpunca daripada beberapa kilang yang tidak berhati perut. Perkara ini mengakibatkan 4 loji utama rawatan air (LRA) sungai selangor di wilayah ini terpaksa di henti tugas.

Syarikat Air Selangor menjangkakan masalah air di Selangor ini akan pulih sepenuhnya pada 9 September ini.

Polis juga ada memaklumkan 4 kilang telah dikenalpasti dan pengurus bagi setiap syarikat juga telah ditahan bagi membantu siasatan pencemaran air sungai di Wilayah Lembah Klang.

Sumber – Freemalaysiatoday

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*