Dah Lebih Seminggu Anak Mati Dibunuh, Bukanlah Semudah Itu Terima Kata Maaf Mereka. Serahkan Semua Pada Pihak Polis

Telah seminggu berlalu berita yang menarik seluruh perhatian rakyat Malaysia tentang kjdian yang berlaku kepada Siti Surrya, 19.

Pelbagai cerita keluar tentang kedua-dua belah pihak, baik dari pihak Allahyrham mahupun pihak keluarga suspk.

Meskipun pada awalnya orang ramai melepaskan rasa m4r4h dan g3ram terhadap suspk, namun kini semua itu sudah berlalu.

Selain mendoakan keluarga mngsa semoga bertabah dengan ujian ini, orang ramai juga mula mendoakan kepada keluarga susp3k agar tabah dengan nasib bakal mnimpa suspk.

Apatah lagi ibu susp3k kini dalam keadaan sangat tertekan kerana perlu berurusan dengan pihak poIis, dalam masa sama perlu hadap segala macam c3muhan.

Ibu susp3k juga ada memberitahu mahu berjumpa keluarga mngsa bagi memohon kemaafan.

Terbaru, seperti yang mereka janjikan, ibu dan ayah susp3k dikatakan telah datang berjumpa keluarga m4ngsa pagi ini.

Keluarga suspk sudah datang berjumpa

Susulan itu bapa Allahyrham, Ismail Muda, 58, telah berkongsi perkara itu.

” Ya, memang mereka (keluarga susp3k) ada ziarah kami di rumah keluarga di Beladau Kepong, Serada di sini pagi tadi,” kata Ismail.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai tujuan dan apa yang dibualkan dengan keluarga susp3k sepanjang tempoh ziarah itu dan hanya berkata, beliau serahkan semuanya kepada pihak berkuasa bagi menyelesaikan kes tersebut.

” Ya, memang mak dengan ayah dia ada datang jumpa kami, tetapi cukup saya mengesahkan kedatangan mereka ke rumah.

” Saya tidak mahu ulas panjang-panjang, sebab kes ini masih dalam siasatan, jadi saya serahkan sepenuhnya kepada poIis,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Sinar Harian difahamkan ibu dan bapa suspk dengan ditemani wakil jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) datang berjumpa keluarga Allahyrham dan disambut baik.

Sebelum ini bapa Surrya kata sukar maafkan

Terdahulu Ismail berkata, sehingga kini pihak keluarga suspk belum lagi bertandang ke rumah mereka, bahkan tiada sebarang permohonan maaf diterima daripada mereka.

” Maaf bukan perkara main-main dan perlu dibuat dengan hati yang terbuka serta ikhlas, jadi kalau pihak keluarga susp3k tidak ke sini bagaimana kami mahu memaafkan perbua-tan tersebut?

” Sekali pun mereka ke sini, saya tidak pasti sama ada kami dapat memaafkan atau tidak kerana cara kem4-tian anak saya itu bukan biasa-biasa.

” Kalau ini kes kecu-rian barang atau menyebabkan keced3raan kepada keluarga, bolehlah saya bertolak-ansur dan saya pasti mana-mana ibu bapa pun sukar untuk memaafkan dengan mudah jika mereka berada di tempat saya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu ibu suspk yang dikenali sebagai Mala berkata beliau teringin sangat pergi berjumpa sendiri dengan keluarga Allahyrham Surrya yang disifatkannya seorang yang baik.

Menurut Mala, sudah menjadi tanggungjawab dan kewajipannya untuk pohon kemaafan atas segala yang berlaku.

Sumber-limauais

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*