Covid 19 : MB Perak Gesa Rakyat Berhenti Salahkan Ahli Politik

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, meminta orang ramai jangan panik atau marah ahli politik berikutan peningkatan kes Covid-19 yang begitu ketara kebelakangan ini.

Beliau mengingatkan orang ramai bahawa virus korona tidak memilih mangsa.

“Sama ada dia Presiden Amerika Syarikat atau orang biasa…juga bukan dari segolongan orang itu dan orang ini, sesiapa sahaja boleh terkena jangkitan,” katanya kepada pemberita selepas seminar integriti dan anti-rasuah di Pusat Konvensyen Casuarina hari ini.

Semalam sebanyak 432 kes terbaharu Covid-19 dilaporkan, angka tertinggi setakat ini dengan jumlah pesakit aktif melebihi 2,000 orang.

Dalam pada itu, Faizal berkata setakat ini tidak ada keperluan membatalkan program membabitkan penyertaan orang dalam jumlah yang ramai di Perak, sebagaimana yang dilaksanakan di negeri yang mempunyai zon merah.

Ini kerana peningkatan kes itu berlaku di kawasan tertentu seperti di penjara, dan bukan merebak melalui program perhimpunan dan kenduri.

“Ini bermakna ianya tertular melalui satu kawasan yang tertutup dan kita faham bahawa jika rakyat meneruskan SOP dengan menjaga penjarakan sosial, mencuci tangan, dan jaga kebersihan, wabak ini boleh kita kawal,” katanya.

Perak terus kekal menggunakan SOP perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang ditetapkan kerajaan pusat buat masa ini, tambahnya.

Sumber – wowberita

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*