
Seringkali kita melihat Sultan Johor berwajah serius dan bersikap tegas ketika muncul di khalayak umum.
Namun kali ini Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mempamerkan sisi humornya ketika meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Baginda sempat bergurau senda bersama Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar merakam video bapanya itu sedang bersembunyi di sebalik dinding ruang kaki lima sambil tergelak kecil.
Raja Zarith Sofiah pada mulanya terkejut namun dilihat tertawa apabila dirinya dijadikan bahan gurauan.
Gelagat anak beranak itu yang dimuat naik di Instagram Tunku Idris dan dikongsi akaun rasmi keluarga diraja Johor, The Royal Johor mencuit hati warga maya.
“Saat yang tidak ternilai disebalik kehidupan biasa. Terima kasih kerana berkongsi dengan kami,” catat reyzayn.
“Nakalnya, tuanku berdua sangat comel. Allah peliharakan Sultan Johor,” catat Xiera_Fazira.
“Dalam tegas, dalam garang, ada juga sisi yang kita tak nampak, bagaimana kehidupan seharian tuanku sekeluarga. Semoga Tuanku sentiasa di dalam lindungan Allah,” catat coach1d.
Video yang dimuat naik The Royal Johor ditonton lebih 52,000 kali dan disukai lebih 13,000 pengguna Instagram.
Sumber : ProjekMM via Awatsyeikhh
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama
PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply