Cliff Umar Juara GV7 Bawa Wang Tunai RM100,000. Namun, Ini Rupanya Yang Terjadi Sehingga Beliau “Memohon Maaf” Kepada Yang Terasa

Putrajaya: “Saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak buat mana-mana pihak terasa hati,”.

Demikian jawapan penyanyi, Cliff Umar ketika diminta mengulas mengenai kata-katanya yang menganggap pelitup muka membuat rasa tidak selesa ketika diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza 7 (GV7) sebentar tadi.

Cliff ketika ditemui pada sesi sidang media berkata, pelitup muka itu mengganggunya untuk memberikan ucapan kemenangan.

“Saya maksudkan pelitup muka itu mengganggu, apabila saya nak bercakap dan berikan ucapan.

“Bukan ia mengganggu atau saya tidak bersetuju dengan prosedur operasi standard (SOP),” katanya kepada Harian Metro.

Kata-kata Cliff itu mula menuai ciapan di pelbagai platform media sosial apabila dianggap tidak menjaga sensitiviti banyak pihaj terutamanya barisan hadapan yang bertungkus lumus menjaga keselamatan dan mengikut SOP.

Persembahan mantap Cliff Umar pada pentas akhir serta konsisten sepanjang minggu melayakkannya dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya, di sini, malam tadi.

Cliff yang juga vokalis kumpulan Projek Pistol berjaya mengetepikan saingan seperti Muss, Noraniza Idris, Ayu Damit, Oja, Linda Nanuwil dan Ashira.

Kemenangan itu membolehkan Cliff membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan piala.

Naib juara pula disandang Muss, sekali gus melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan piala.Ayu terpaksa berpuas hati menduduki tempat ketiga. Sebagai ganjaran, Ayu memenangi hadiah wang tunai RM30,000 dan piala.

Nasib nyata tidak menyebelahi Noraniza dan Linda apabila hanya menduduki tempat keempat dan kelima, sekali gus masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 dan RM15,000 serta piala.

Sementara itu, Oja dan Ashira yang diumumkan sebagai pemenang tempat keenam dan ketujuh dalam pertandingan itu.

Kemenangan itu menghadiahkan mereka wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000.

Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow.

Program akhir GV7 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Konsert akhir dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada bekas peserta GV7 yang tersingkir iaitu Haslinda, Rozita Izlyn, Eva, Indigo, Nomad dan Aju Success.

Sumber – hmetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*