Cikgu Tengah Buat Kelas ‘Online’ Ternampak Si Bapa Pukul Anak Guna Kayu. Puncanya Adalah…..

Seorang lelaki berusia 41 tahun telah ditahan oleh pihak polis kerana disyaki memukul anak perempuannya ketika sesi pembelajaran atas talian berlangsung. Lebih menyayat hati apabila mengetahui mangsa yang berusia 12 tahun itu dipukul di bahagian kepala menggunakan sebatang kayu.

Cikgu nampak anak murid dipukul

Menerusi laporan yang dipetik daripada Malaysiakini, kejadian yang berlaku di Seksyen 8, Petaling Jaya itu turut disaksikan oleh seorang guru yang sedang membuat kelas online pada ketika itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, guru sekolah rendah terbabit kemudian segera membuat laporan polis berhubung kejadian.

Guru sekolah tersebut melihat mangsa dipukul oleh suspek dengan menggunakan sebatang kayu atau tongkat di bahagian belakang mangsa ketika kelas (dalam talian) sedang berjalan di rumah mangsa di Jalan SS4D/9 di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Sabtu lalu (31 Okt).

Suspek ditahan polis

Difahamkan, hanya kerana mahukan anak perempuannya itu lebih fokus ketika sesi pembelajaran, maka si bapa tergamak memukul mangsa menggunakan kayu. Oleh hal yang demikian, suspek telah ditahan oleh pihak polis.

Suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod lampau walau bagaimanapun mengaku telah memukul mangsa. Tetapi disebabkan faktor kesihatan, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah melakukan penilaian terhadap mangsa dan membuat keputusan kanak-kanak berkenaan diserahkan semula kepada keluarganya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber-Malaysiakini, Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*