“Celah Mana Kerajaan PN Tumbang” – Syahidan Kassim Dedah Takde Sorang Pun MP Dari BN Lompat

KUALA LUMPUR 09 April 2015. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada sidang media di Parlimen. NSTP/Abdullah Yusof

KANGAR: Tiada seorang pun daripada 50 anggota Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) mahu melompat parti.

Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan tiada seorang pun daripada Ahli Parlimen terbabit memaklumkan ingin melompat parti kepadanya.

Menyifatkan tindakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan memperoleh sokongan majoriti di Parlimen adalah gimik politik untuk mengganggu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Shahidan berkata, tindakan itu tidak ubah sebagai momokan dalam mempengaruhi rakyat Sabah untuk terus menyokong Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Beliau berkata, ini kerana jentera Perikatan Nasional (PN) sedang berkempen di Sabah dengan yakin untuk menukarkan kerajaan negeri agar seiring dengan Persekutuan.

“Jadi macam mana dia boleh buat dakwaan itu, sedangkan kami (PNBBC) terdiri daripada 23 Ahli Parlimen UMNO; PAS (10); Gabungan Parti Sarawak (GPS) (10) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) (tujuh) SERTA tiada pun yang lompat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shahidan berkata, dakwaan Anwar itu tidak ubah sebagai dongeng terhadap rakyat kerana tindakan itu jelas dilakukan untuk mengganggu PRN Sabah.

“Saya yakin dakwaan ini dibuat kerana PRN Sabah dan saya ingin maklumkan kami kerajaan sedia ada masih kukuh dan mantap. Tidak ada kerajaan yang akan tumbang,” katanya.

Anwar dalam sidang media hari ini mendakwa mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan. Sokongan itu terdiri daripada pelbagai parti, namun tidak mendedahkan jumlah sebenar Ahli Parlimen yang terbabit menyatakan sokongan terhadapnya.

Sumber-BH Online

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*