‘Bukan Harini Buat Esok Dah Kaya!’ – Tak Takut Dengan SPRM, Aeril & Wawa Kongsi Tips Nak Jadi Kaya

KEJAYAAN dikecapi pasangan pelakon iaitu Wawa Zainal dan Aeril Zafrel dalam bidang perniagaan bukanlah melalui jalan mudah seperti yang didakwa segelintir pihak.

Menurut Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 29, mereka juga pernah berdepan kegagalan dalam perniagaan, namun segera bangkit tanpa berputus asa.

“Susahkan nak kurus? Macam itu jugalah dengan kejayaan… bukan hari ini buat esok dah kaya!

“Wawa dan Aeril pun dah bisnes lama… jual baju pernah, jual tudung pernah, jual kanta lekap sehinggalah Wawa Cosmetics sejak 2016. Empat tahun bukan sekejap, pernah jatuh bangun balik!

“Siapa kata Wawa instant kaya? Cubit dia! Sekarang pun tak kaya lagi. Alhamdulillah cukup memadai buat Wawa dan team. Syukur!, ” katanya menerusi Instagram pada Sabtu.

Perkongsian Wawa di Instagram.

Sementara itu, Aeril pula menerusi akaun miliknya memuat naik foto bersama Wawa beserta kapsyen meluahkan rasa syukur dikurniakan pasangan yang baik.

“Alhamdulillah dikurniakan seorang isteri yang sungguh memahami dan sanggup berjuang bersamaku dalam kehidupan di dunia ini.

“Seorang wanita yang bila diberinya rumah, dia akan memberi kehangatan dalam rumah itu.

Keluarga bahagia… Wawa dan suami Aeril Zafrel.

“Jika memberinya beras, dia akan mengembalikan rezeki dan jika memberinya cinta, dia akan memberikan pengabdian seumur hidupnya,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang segelintir pengikut yang menasihati Aeril supaya tidak menayangkan kekayaan di laman sosial.

Ini selepas beberapa selebriti dan instafamous dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penggubahan wang h4ram.

Netizen nasihat Aeril Zafrel jangan tunjuk kekayaan di media sosial, takut SPRM cari

Plakon kacak Aeril Zafrel telah dinasihati oleh warganet agar tidak terlalu menayang kekayaan di Instagram bimbang menjadi salah seorang yang dipanggil oleh pihak berkuasa.

Ini susulan daripada muat naik Aeril yang memperlihatkan pejabat urusan Wawa Cosmetics serta kereta mewah milik pasangan selebriti tersebut.

Nak kena panggil SPRM ke

Tiada rahsia, nak kaya kena ada berkat! Aeril Zafril kongsi tips dia dan isteri dimurahkan rezeki hingga kini

Pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi seseorang itu termasuk lah pasangan dua sejoli ini sebelum bergelar jutawan kini. Dilihat semakin hari semakin bahagia, Aeril Zafrel tidak lokek berkongsi ilmu dan pedapatnya tentang rezeki Tuhan.

“Susah macam mana pun laluan hidup berumahtangga ..kau kena yakin bahawa seorang isteri ni sebenarnya pembawa rezeki..yang penting kau tak kedekut tunaikan apa yang dia perlu…” Tulis Aeril di twitter miliknya.

Sumber Twitter Via Trendingsangat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*