“Bukan Belanjawan Pilihan Raya”-PM Tegaskan Fokus Utama Adalah Bantu Rakyat Dan Pulihkan Ekonomi Negara

Home Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin at a press conference after special meeting on the Johor causeway congestion issue at the Bangunan Sultan Iskandar Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) Complex here on Sunday (Dec 1).
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tanggapan sesetengah pihak bahawa Belanjawan 2021 sebagai ‘Belanjawan Pilihan Raya’ adalah kurang tepat.
Tegasnya, Belanjawan 2021 yang disediakan Kerajaan telah meletakkan keutamaan untuk melindungi rakyat melebihi segala perkara lain.
Katanya, fokus kerajaan ketika ini adalah mengimbangi antara kewajiban melindungi rakyat dan keperluan menjamin kelangsungan ekonomi.
“Perkara penting sekarang ini ialah menangani masalah COVID-19 dan kedua menguruskan masalah ekonomi, ini perkara pokok dan tidak masuk perkara ketiga iaitu pilihan raya pun.
“Kalau dua perkara ini dapat kita selesaikan, saya memang mengharapkan supaya kita mendapat suatu mandat baharu. Bermakna, kita akan pergi kepada rakyat dan mohon rakyat mempertimbangkan.
“Kalau mereka berpendapat kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini bagus, telah memberi banyak sokongan dan bantuan secara prihatin tangani masalah mereka dan menghargai usaha kita, mungkin ia adalah waktu yang terbaik untuk Pilihan Raya Umum sewajarnya dapat kita adakan,” katanya pada sesi Wawancara Khas Pra-Belanjawan 2021 bersama media secara maya, hari ini.
Tegas Muhyiddin, Belanjawan 2021 merupakan kesinambungan kepada semua inisiatif rangsangan dan pemulihan ekonomi yang dilaksanakan sebelum ini dan bukan ‘Belanjawan Pilihan Raya’.
“Saya tidak tahu bila masanya COVID-19 ini akan selesai dan ekonomi akan rancak semula. Ini terserah dan kita berdoa kepada Allah SWT agar negara kita akan kembali dalam landasan yang betul dalam satu tempoh yang tidak terlalu lama.
“Apabila itu telah selesai, maka InsyaAllah, kita akan dapat menguruskan masa depan negara kita dengan lebih baik.
“Jadi Belanjawan ini, saya tak sebut Belanjawan pilihan raya. Walau pilihan raya atau tidak, yang penting adalah membantu rakyat,” ujarnya.
Sumber-Astro Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*