Budak 8 Tahun Mati Serta-Merta Selepas Dibaham Buaya Ketika Sedang Seronok Mandi Sungai. Polis Dedah Lokasi Sebenar Kejadian

Lahad Datu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun maut selepas dibaham buaya dalam kejadian di sungai Kampung Sabah Baru, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan bersama seorang lagi rakan sebayanya mandi di sungai berkenaan sebelum diserang buaya.

Rakan mangsa yang terkejut terus bergegas pulang ke rumah untuk memaklumkan kejadian itu kepada bapa mangsa.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, polis yang menerima maklumat kemudiannya menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk meminta bantuan operasi mencari mangsa.

Katanya, selepas beberapa jam pencarian, mayat mangsa akhirnya berjaya ditemui terapung kira-kira dua meter daripada lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati lokasi kejadian berlaku hanya terletak kira-kira 20 meter daripada rumah mangsa. Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di pinggang, perut dan dada. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

 

Rohan berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber – Wowberita

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*