
KUALA LUMPUR – Seekor buaya tembaga dengan berat dianggarkan 800 kilogram dan panjang 4.8 meter ditemukan di dalam longkang besar di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) ST Edmund dekat Limbang, Sarawak malam tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dalam hantaran Facebook berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang ke lokasi kejadian kira-kira pukul 10.59 dan menemukan kedudukan buaya itu di dalam longkang berkenaan.
Katanya, mereka dimaklumkan pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) di lokasi bahawa reptilia ganas itu telah ditembak oleh orang awam.

“Namun buaya tersebut masih hidup lalu dan SFC menghubungi pihak bomba untuk bantuan menangkap buaya tersebut.
“Pasukan bomba bertindak naik ke atas badan buaya lalu menutup matanya dengan kain dan seterusnya mengikat mulut serta kaki buaya bagi menyekat pergerakannya,” katanya menerusi hantaran Facebook.
Kata kenyataan itu, setelah selesai, buaya tersebut diikat ditepi pagar dan diserahkan kepada pihak SFC untuk tindakan selanjutnya.
Tambahnya, operasi diketuai oleh PBKII Mohd Ali Mohd Salleh.
Sumber-Edisi9
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama
PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply