Berikutan PKPB Di KL, Selangor & Putrajaya 14 Okt 2020. Ini Senarai Aktiviti DILARANG Yang Semua Wajib Tahu

Situasi terkini jangkitan COVlD-19 di Malaysia difahamkan berada dalam situasi membimbangkan di mana sehingga 11 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, 561 kes baharu telah dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVlD-19 di Malaysia adalah sebanyak 15,657 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVlD-19 adalah 4,587 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Justeru orang ramai yang bimbang dengan keadaan itu mencadangkan agar kerajaan mengambil langkah-langkah perlu.

Terkini, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.

PKPB akan turut dilaksanakan di seluruh Sabah berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini hingga 26 Oktober ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak.

Aktiviti yang dilarang

” Antara aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan.

” Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

” Selain itu, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

” Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup selain semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.

” Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan,” katanya dalam pada sidang media, disini, hari ini.

Kegiatan ekonomi masih dibenarkan

Ismail Sabri berkata, walaubagaimanapun semua kegiatan ekonomi di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

” Senarai prosedur Operasi Standard (SOP)lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat,” katanya.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa 12.01 tengah malam 7 Oktober.

Ismail Sabri Yaakob berkata, ia diputuskan menerusi Mesyuarat Khas Menteri-Menteri, berikutan situasi semasa COVlD-19 di kawasan berkenaan.

” Pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB itu adalah tidak dibenarkan.

” Hanya perkhidmatan perlu (Essential Service) termasuk kilang dan rantaian yang berkaitan sahaja dibenarkan.

” Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terbabit di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan PKPB bertujuan membendung jangkitan dan penularan COVlD-19 serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*