
“Benda Viral Mesti Ustaz Ebit Lew Datang Menyebok” – Zul Kelantan
Memetik komen dari seorang pengguna fb yang dikongsikan oleh seorang pengguna twitter (@suhaimyharun) berkenaan artikel ustaz ebit lew melawat mangsa tangan putus di pasir gudang johor.
Apa komen korang ? pic.twitter.com/hVWGSD9QcQ
— S U H Λ I M Y (@suhaimyharun) December 24, 2020
Zul hafiz yang dikatan berasal dari Kota Bharu kelantan dilihat dikecam teruk akibat komen yang tak berasas dari beliau., sedangkan smeu arakyat malaysia tahu bahawa Ustaz Ebit Lew bukanlah seperti yang diberiahu beliau
Berikut adalah reply dari pengguna twitter yang lain berkenaan isu ini.
“Biar la dia. Dia nak bantu ape salahnya? Kita yang tk dapat bantu ni sekurang kurangnya doakan kesejahteraan beliau untuk sentiasa membantu umat manusia yang lain yang dalam kesusahan yang lebih memerlukan daripada kita”
Biar la dia. Dia nak bantu ape salahnya? Kita yang tk dapat bantu ni sekurang kurangnya doakan kesejahteraan beliau untuk sentiasa membantu umat manusia yang lain yang dalam kesusahan yang lebih memerlukan daripada kita.
— The Potato chips 🥔 (@aimanmanaf1605) December 24, 2020
inilah tanda manusia yg busuk hati, dia hanya tahu judge je. Sembang kepala anjing pun boleh terbang tapi habuk apa pun x dak. Hati dia sakit bila tgok kebaikan. Diri sendiri hnya mampu jd keyboard warrior.
TERDAHULU, Ustaz Ebit Lew melawat mangsa langgar lari di Johor Bahru
JOHOR BAHRU: Mangsa kemalangan langgar lari ketika sedang bertugas di Lebuhraya Pasir Gudang, dekat sini semalam sehingga terpaksa dipotong tangannya menerima kunjungan pendakwah popular, Ebit Lew.
Lawatan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini itu dimuat naik pendakwah tersebut di laman Facebook rasmi miliknya, hari ini.
Menurut beliau, kunjungan itu dibuat pihaknya sejurus selepas selesai memberi ceramah di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Muar.
“Sayu sebak, selepas ceramah di Maktab PDRM Muar terus ke Hospital Sultan Ismail ziarah pak cik kerja penyelenggara jalan yang dilanggar di Lebuhraya Pasir Gudang.
“Tangan kanannya dipotong. Ziarah beri semangat dan sedikit sumbangan,” tulisnya ringkas dalam kenyataan itu.
Mangsa, Mohd. Sis Latif, 55, kini sedang dirawat di HSI setelah mengalami kecederaan parah akibat kemalangan yang berlaku pada pukul 11.50 pagi, semalam.
Ketika kejadian, mangsa bersama dua rakan sedang berdiri di atas platform hidraulik di bahagian belakang lori bagi membaiki jalan berlubang di laluan berkenaan.
Secara tiba-tiba, lori berkenaan dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang menyebabkan mangsa tercampak dan mengalami kecederaan parah di tangan kanannya.
Menurut kenyataan itu lagi, Mohd. Sis turut memberitahu dia berasa seperti masih mempunyai tangan dan mahu menggerakkan jarinya.
“Pak cik ni menangis tadi. Katanya, terasa macam ada tangan lagi. Rasa macam nak gerakkan jari. Pakar minta abang selalu usap tangan tu, dan cakap tangan dah tiada. Allah ambil. Insya-Allah nanti akhirat semuanya sempurna,” menurut kenyataan itu.
Ebit turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Mohd. Sis selain turut mendoakan kesejahteraannya. – UTUSAN ONLINE
Mungkin ramai yang masih tak kenal, berikut adalah biodata penuh tentang HERO Sebenar kebanggan negara pada ketika ini:
Sumber – Twitter / mywilayah.com
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama
PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply