Barulah Namanya Pemimipin No 1! Muhyiddin Tawar Jadi Orang Pertama Terima Vaccine Covid-19

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menawarkan diri untuk menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menurutnya, ia akan diikuti dengan petugas barisan hadapan, sebelum diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) dan penyakit saluran pernafasan kronik.

TERDAHULU (20/12/20)

Kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan semua rakyat mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19.

Sebaliknya, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim berkata, suntikan vaksin itu hanya akan diberikan secara sukarela, terutama kepada golongan berisiko dan mudah menghidapi penyakit.

Katanya, walaupun vaksin Covid-19 diberikan secara percuma, tetapi tiada paksaan dilakukan.

“Negara akan mendapatkan bekalan sebanyak 12.8 juta dos vaksin Covid-19, bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat.

“Bekalan sebanyak satu juta dos vaksin Covid-19 dijangka diterima Mac tahun depan akan dikhaskan kepada petugas barisan hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup pertandingan Inovasi Beca Terengganu secara dalam talian di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), di sini, hari ini.

Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengkomersialan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Halila Faiza Zainal Abidin dan Pengarah SME Corp negeri Rosman Zamri.

Ahmad Amzad berkata, antara petugas barisan hadapan yang akan diberikan pengambilan vaksin Covid-19 adalah petugas kesihatan termasuk doktor dan jururawat, pegawai dan anggota pasukan keselamatan serta petugas penjara dan imigresen.

Katanya, suntikan vaksin Covid-19 tidak akan diberikan kepada kanak-kanak berusia bawah 18 tahun dan ibu mengandung.

Ketika mengulas dakwaan pengambilan vaksin haram dalam Islam, Ahmad Amzad enggan mengulas lanjut, tetapi mengakui vaksin Covid-19, tidak mengandungi sel haiwan.

Sumber – sinar & hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*