Baru Pulang Dari Sabah, Zahid Hamidi Disahkan Negatif dan Dikuaranrin Di Rumah, Kini Najib Razak Pula Sedang Menunggu Keputusan ‘Swab Test’

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meluahkan kelegaan selepas disahkan negatif daripada wabak COV-19 dalam ujian kali kedua dilakukannya.

Perkara itu dikongsikan beliau sendiri di laman Twitternya

” Saya sedang dikuarantin di rumah. Pagi ini saya didatangi sekali lagi oleh 2 orang pegawai KKM secara mengejut. Ujian rapid test kit antibody D13 telah dilakukan. Keputusannya akan diperolehi sebentar lagi” – Zahid Hamidi

Test telah selesai. Keputusannya negatif. Alhamdulillah….

Presiden UMNO itu sebelum ini dilaporkan perlu menjalani kuarantin wajib susulan dikenal pasti antara kontak rapat kepada dua pemimpin kanan UMNO yang telah pun disahkan dijangkiti COVID-19 iaitu Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Razlan Rafii.

Selain itu, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), Pitas Sufian Abdul Karim turut disahkan positif COV19 semalam.

NAJIB RAZAK SEDANG ‘TEST’

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi di laman Instagramnya bahawa beliau turut diwajibkan menjalani ujian COV19.

 

Sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan aktiviti saringan akan dijalankan kepada semua individu yang baru tiba dari Sabah di semua Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa).

Tempoh pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan COV-19 ke atas individu yang baru pulang dari Sabah akan disemak dari semasa ke semasa, berdasarkan penilaian risi.ko penularan jangki.tan pada masa tersebut dan maklumat mengenai sebarang perubahan berkaitannya akan dimaklumkan kepada umum.

Sumber : ASTRO AWANI via awatsheikkh

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*