Baru Kelmarin menghadap Agong, Sekali polis Panggil Anwar Ke Bukit Aman Hari INI!

Polis akan memanggil Anwar Ibrahim ke Bukit Aman untuk dirakam keterangannya hari ini, kata laporan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, dipetik BH Online berkata ketua pembangkang itu diminta membantu sias-atan berikutan penye-baran senarai nama ahli parlimen yang didakwa menyokongnya menjadi perdana menteri.

“Demikian saya difahamkan (Anwar dipanggil ke Bukit Aman hari ini),” katanya.

Laporan itu juga memetik Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan pihaknya sudah memaklumkan kepada Anwar untuk tampil ke Bukit Aman, esok.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman dilaporkan akan merekod percakapan Anwar pada jam 3 petang.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Huzir Mohamed mengesahkan ahli parlimen Port Dickson telah diminta untuk hadir memberi keterangan berhubung dakwaan bahawa dia mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Siasatan kes telah dibuka mengikut Seksyen 505(b) kanun keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehingga kini, sebanyak enam lapo0an polis telah diterima dan PDRM masih lagi menjalankan sias-atan lanjut berkenaan dakwaan yang tersebar luas di media massa sejak kebelakangan ini,” katanya.

Menurut Huzir, pada awalnya Anwar telah diminta untuk memberi keterangan pada 12 Oktober, jam 11 pagi, namun begitu, setiausaha sulitnya memaklumkan presiden PKR itu hanya dapat hadir pada 13 Oktober, jam 9 pagi.

Jangan terkej-ut jika UMNO beri sokongan kepada Anwar – Tajuddin

KUALA LUMPUR: UMNO sedia memberi kerjasama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika Presiden PKR itu mempunyai formula yang boleh membahagiakan semua pihak di dalam parti itu sendiri.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan, sokongan itu juga tidak mustahil diperolehi daripada parti-parti lain seandainya mereka berpendapat Ketua Pembangkang itu boleh memberi apa yang dimahukan.

Katanya, UMNO sendiri sudah tidak berpuas hati sejak Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan di mana mereka tidak memperoleh peluang berkhidmat kepada rakyat seperti yang diharapkan.

Ujarnya, ia sekali gus membantutkan kekuatan UMNO untuk kembali sebagai sebuah parti yang boleh memperjuangkan nasib rakyat terutamanya kaum Melayu.

“Kalau UMNO merasakan (peluang) dia dikurangkan, pihak kerajaan PN kena melihat perkara ini supaya dapat diatasi. Kalau tidak nanti masalah perhubungan ini akan menjadi lebih rumit dan orang lain akan mengambil kesempatan untuk membawa satu cadangan lain
“Umpamanya, sekarang mungkin Anwar ada formula yang boleh membahagiakan pihak yang sanggup bekerjasama dengannya, (kalau sekiranya) pihak lain, UMNO, GPS (Gabungan Parti Sabah) atau Warisan.

“Kalau parti-parti ini merasakan Anwar boleh memberi apa yang dia mahu, mungkin mereka akan tertarik untuk memberikan sokongan kepada Anwar, jangan terkejut kalau itu berlaku,” katanya semasa dihubungi di sini, pada Rabu.

Pada Selasa, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu sedang membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong PN.
Tegasnya, parti itu turut memberi syarat baharu kepada kerajaan PN jika mahu meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Dalam pada itu jelas Tajuddin, kerjasama PN dilihat tidak boleh berkekalan sekali gus gagal bertahan untuk jangka masa panjang.
Oleh itu ujarnya, Kerajaan PN perlu mengutamakan faktor kesaksamaan selain kekuatan sama rata kepada semua parti gabungan itu sendiri dalam pentadbiran negara.
Katanya, ia sekali gus langkah mengelakkan usaha mana-mana pihak untuk mel-emahkan parti lain dan membina kekuatan sendiri di dalam PN.

Anwar pada Selasa turut mendakwa mempunyai sokongan lebih daripada 120 Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu menggantikan PN.

Dalam sidang media khas, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, telah menyampaikan bukti berupa surat akuan sumpah dan pengesahan ketua parti berkaitan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak menerima senarai Ahli-ahli Parlimen yang menyokong Anwar dalam majlis menghadap pada Selasa.

Al-Sultan Abdullah juga telah menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*