BAPA DURJANA Tambah Lagi 9 Pertuduhan Rogol Anak! Buat Benda Terkutuk Tu Dah Lama Rupanya. Kesian Anak Dia….

Ampang: Pemilik syarikat pembersihan sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas sembilan tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya sejak September tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 42 tahun itu mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nor Hazani Hamzah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa atas sembilan tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 14 tahun di sebuah rumah di sini, antara 3 pagi dan 3.30 petang pada penghujung September 2019 dan 29 Oktober lalu.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S Sangitaa tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan membantah sebarang permohonan ikat jamin kerana membabitkan kesalahan serius serta sudah dituduh atas 50 pertuduhan.

“Mangsa dalam kes ini hanya berusia 15 tahun dan merupakan anak kandung tertuduh.

“Dikhuatiri sekiranya jaminan dibenarkan tertuduh akan mengganggu mangsa dan melarikan diri,” katanya.

Sangitaa berkata, sekiranya jaminan dibenarkan pendakwaan memohon jumlah tinggi diberikan terhadap tertuduh berserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon dibenarkan ikat jamin dengan alasan perlu menguruskan syarikat dan kebajikan pekerja serta menjaga tiga kakak dan seorang adik yang menghidap kanser tahap tiga.

“Saya juga mempunyai seorang isteri dan empat anak di bawah jagaan serta bimbang keselamatan mereka dalam keadaan Covid-19 ini.

“Segala tuduhan terhadap saya hanyalah spekulasi semata-mata kerana saya belum didapati bersalah selain mangsa kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM),” katanya

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Disember ini untuk sebutan semula kes dan melantik peguam.

Semalam, tertuduh sudah didakwa di Mahkamah Sesyen sama atas 41 tuduhan merogol, persetubuhan luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang dilakukan setiap bulan secara berterusan sejak Januari tahun ini.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa melarikan diri dari rumah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Cheras sebelum ditahan polis kerana mangsa tiada permit perjalanan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sumber-HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*