“Bagai Jawi Belang Puntung” – KPDNHEP Lancar Kempen Beli Barang Malaysia, Namun Kereta Honda Jugak Yang Dipilih Utk Kenderaan Rasmi

Honda Malaysia sebagai pengedar utama kenderaan Honda di negara ini mengumumkan penyerahan 16 unit  model Civic 1.8S kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Toichi Ishiyama berkata ia bakal digunakan sebagai kenderaan penguatkuasaan dan tugasan rasmi kementerian itu dan juga yang pertama kali menggunakan kenderaan Honda.

“Kami rasa berbesar hati KPDNHEP memilih kenderaan Honda sebagai kenderaan jabatan itu dalam melaksanakan tugasan mereka untuk mempromosi dan mempertahankan hak pengguna dan perdagangan domestik di Malaysia,”

“Ia penting dalam usaha membangunkan ekonomi negara yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan dalam masa sama menyeru rakyat Malaysia bekerjasama mengatasinya serta kami berharap ekonomi menuju ke arah pemulihan tidak lama lagi,” katanya melaui siaran media hari ini.

Honda Civic Baharu generasi ke-10 diperkenalkan ke dalam pasaran tempatan pada Februari tahun ini yang menawarkan ciri segmen-D untuk kenderaan segmen-C.

Ia juga mendahului segmennya setakat Oktober dengan terjual sebanyak 10,400 unit sejak dilancarkan dengan 81 peratus penguasaan pasaran dan menjadi model kedua terlaris untuk Honda di Malaysia.

Melalui model 1.8L i-VTEC ini menawarkan kuasa 141PS dan tork 174Nm yang menawarkan pengalaman pemanduan dengan prestasi dinamik, bahan api efisien dan rekaan menarik.

Civic ini juga menawarkan ciri termaju seperti Brek Parkir Elektrik (EPB), ‘Walk Away Auto Lock’, Penghidup Enjin Kawalan Jauh dan Paparan Audio Termaju bersaiz tujuh inci.

Selain itu model ini juga didatangkan dengan ciri keselamatan terbaik iaitu enam beg keselamatan, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), ‘Agile Handle Assist’ (AHA), Bantuan Permulaan Bukit (HSA), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek dan Pemegang Brek Automatik (ABH).

Honda Civic juga diberi penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV) ditawarkan dengan tiga varian melalui 1.8S, 1.5TC dan 1.5TC-P yang dijual pada harga bermula RM109,326, RM125,081 dan RM134,934 (harga atas jalan tanpa insurans dengan pengecualian cukai jualan sehingga 31 Disember)

 

Sumber – hmetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*