Babi Pun Nak Masuk Shopping Mall. Kecoh Satu Shopping Mall Sambil Bertempiaran Lari.. Ini Lokasinya

PUTRAJAYA: Pengunjung pusat beli belah Alamanda di sini cemas apabila seekor babi hutan yang sesat memasuki kompleks itu dan bergerak agresif pada tengah hari Ahad.

Kehadiran haiwan berkenaan yang dipercayai mengalami kecederaan menyebabkan pengunjung berlari menjauhkan diri sebelum ia memasuki sebuah kedai rangkaian peralatan dan pakaian sukan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Shaari Abdullah berkata, sebaik menerima panggilan pada pukul 12.38 tengah hari, dua buah jentera bersama 10 anggota dihantar ke tempat kejadian.

“Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menghalau binatang itu keluar dari premis berkenaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Ahad.

Shaari berkata, pasukannya menghalau babi hutan itu keluar sebelum ia dilihat memasuki sebuah padang ragbi di Presint 16.

Kes itu katanya, diserahkan kepada Bahagian Hidupan Liar, Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tindakan dan pemantauan lanjut.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya pernah menerima laporan mengenai haiwan liar itu memasuki kawasan perumahan berhampiran.

“Haiwan ini keluar dari hutan berhampiran. Tapi ini kali pertama binatang ini memasuki pusat beli belah,” katanya.

Shaari memberitahu, tiada laporan kecederaan diterima dalam insiden itu.

Beliau turut memaklumkan premis menjual peralatan dan pakaian sukan itu ditutup sementara bagi operasi pembersihan.

“Kami akan terus memastikan keselamatan orang ramai dan penduduk setempat sentiasa terjamin,” tambahnya.

Sumber – Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*