Azmin Sifatkan Anwar Sebagai Kurang Siuman Dan Pembohong Tegar!

KUALA LUMPUR – Pemimpin Perikatan Nasional (PN) menafikan kerajaan mereka tumbang selepas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan mendapat sokongan majoriti ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairry Jamaluddin berkata ketika pengumuman tengah hari tadi PN baru sahaja selesai mesyuarat jemaah menteri dan pentadbiran berjalan seperti biasa.

“Baru selesai mesyuarat jemaah menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh,” catat Khairy di Twitter.

Sementara itu Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan bekas ketuanya di PKR sebagai “pembohong tegar dan psikopat politik”.

Tidak menamakan mana-mana pihak, Azmin memuat naik status di Twitter beberapa jam selepas Anwar mengumumkan perkara itu di Hotel Le Meridien, di sini.

Manakala Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata Anwar cuba memecah solidariti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan melunturkan kerajaan pusat.

“Dengan itu dia harap dapat (beri) kelebihan kepada Warisan. Ini sikapnya dari dulu tanpa peduli kesan buruk pada kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat,” catat Annuar di Twitter.

 

Katanya Anwar juga terdesak untuk merampas kuasa selepas gagal mencabar kesahihan pengampunan diraja di mahkamah semalam.

“Setelah gagal menghalang usaha mencabar kesahihan pengampunan diraja di mahkamah, beliau ternyata terdesak cuba merampas kuasa sebagai jalan terakhir untuk mengelak sesuatu yang paling tidak diingininya,” tambahnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula mencadangkan agar pilihan raya diadakan semula selepas beberapa kali bertukar kerajaan.

“Anwar dakwa sudah cukup majoriti ahli parlimen untuk mengubah kerajaan kononnya kerajaan yang bakal terbentuk lebih stabil. Betulkah?

“Apa jaminan jika benar ada yang lompat, tidak lompat balik? Jika asyik bertukar begini lebih baik serah mandat kembali kepada rakyat,” catatnya di Twitter.

 

SUmber – wowoberita

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*