Artis Berbasikal Rentas Sempadan Negeri Yang Ditahan Polis, Tampil Mohon Maaf. Tak Sanga Dia Rupanya…

Kuala Lumpur :Pelakon Bella Dally mengakui dia dan seorang rakan melakukan aktiviti berbasikal di sekitar daerah Gombak, Selangor berhampiran Hutan Lipur Sungai Tua berdekatan dengan sempadan negeri Selangor dan Pahang, baru-baru ini.

Ia susulan laporan Harian Metro mengenai tindakan seorang pelakon wanita bersama rakannya berbasikal merentasi sempadan di Jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah pada 18 Oktober lalu, mengundang padah apabila mereka ditahan polis, semalam

Bagaimanapun Bella menjelaskan, dia tidak merentasi sempadan negeri seperti yang ditularkan.

“Saya mengambil maklum laporan media termasuk yang tular di media sosial berkaitan dakwaan saya mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika ini.

“Saya sudah memberi keterangan dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

“Gambar yang saya muat naik di Instagram dengan kapsyen “Woohoo Genting Sempah with …” menimbulkan kekeliruan sehingga ada yang mendakwa saya merentasi sempadan negeri Selangor dah Pahang serta melanggar PKPB.

“Saya ambil maklum kekeliruan yang berlaku namun perlu saya jelaskan kami masih berada dalam negeri Selangor dan tidak merentasi sempadan antara dua negeri,” katanya.

Menurut Bella, dia mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.

“Jika saya berada di sempadan negeri, sudah tentu ada papan tanda dan garis sempadan antara Selangor dan Pahang untuk rujukan.

“Apapun saya mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan memohon maaf atas kekeliruan yang timbul ekoran daripada hantaran di Instagram saya tempoh hari.

“Ini sahaja kenyataan saya bagi merungkai kekeliruan yang berlaku dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.

“Saya memohon maaf sekali lagi dan bersama-sama dengan semua dalam usaha kita memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Saya doakan semoga kita semua berada dalam keadaan selamat sentiasa,” katanya.

Sumber – Hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*