Apa Nak Jadi Dengan Manusia Zaman Sekarang. Seorang Pemuda Disisih Kerana Memiliki Wajah Unik Sehingga Lari Bersembunyi Di Dalam Hutan

Kigali: Akibat sering dibuli penduduk kampung kerana memiliki wajah ‘unik’ seorang lelaki dari Rwanda, Afrika Timur, sanggup melarikan diri ke dalam hutan setiap hari.

The Sun yang memetik laporan Zolex Reporters melaporkan, Zanziman Ellie, 21, tidak disisihkan ibunya sebaliknya wanita berkenaan menganggapnya sebagai satu anugerah selepas dia kematian lima anak lain.

Malah, dia dan suaminya sanggup memelihara anak istimewa itu daripada hidup kesunyian tanpa zuriat.

Menurut wanita itu, Ellie mengalami penyakit otak tidak berkembang (microcephaly) sejak lahir dan keadaan itu menyebabkan kepalanya lebih kecil berbanding bayi normal.

Lazimnya, bayi dilahirkan sebegitu kerana si ibu menghidap penyakit Zika ketika hamil.

Kelainan itu menyebabkan Ellie tidak dapat bertutur tetapi boleh mendengar arahan.

Menurut laporan Afrimax Rwanda, Ellie berterusan dibuli dan menjadi bahan ejekan penduduk kampung kerana rupa parasnya yang pelik itu.

“Ellie tidak bersekolah dan sering menghabiskan masanya di dalam hutan selama beberapa jam setiap hari,” katanya.

 

Sumber – hmetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*