Anwar Sekadar Mengemukakan Jumlah Tanpa Bagi Senarai Nama, Agong Nasihat Agar Beliau Hormat Proses Perundangan

KUALA LUMPUR, 25 Feb -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Suratcara Pelantikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak di Istana Negara hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, Feb 25 -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah to present Letter of Appointment to the Chief Judge of Sabah and Sarawak at Istana Negara, today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Kuala Lumpur: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekadar mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau kepada Istana Negara, tanpa mengemukakan sebarang senarai nama mereka untuk mengukuhkan dakwaan itu.

Susulan tindakan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses perundangan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, sesi pertemuan berlangsung hampir 25 minit itu menyaksikan Anwar tidak mengemukakan senarai nama Ahli Dewan Rakyat bagi mengukuhkan dakwaan itu.

Menurutnya, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima Anwar untuk menghadap baginda di Istana Negara pada jam 11 pagi hari ini.

“Sesi menghadap ini sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 22 September lalu tetapi ditangguhkan berikutan kegeringan Al-Sultan Abdullah di mana Seri Paduka Baginda telah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara bermula pada 21 September hingga 3 Oktober lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menyentuh perkembangan semasa penularan wabak Covid-19 di Malaysia khususnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa esok, Ahmad Fadil berkata, baginda menzahirkan kegusaran dan menasihati seluruh rakyat supaya bertenang serta berdisiplin menjaga kesihatan diri masing-masing dengan mematuhi ketetapan tatacara kebiasaan baharu dan prosedur operasi standard (SOP).

“Walaupun perkembangan terkini agak membimbangkan berikutan kenaikan yang berterusan tiga digit kes positif harian Covid-19 serta kewujudan beberapa kluster baharu sejak 1 Oktober lalu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan dan mengajak seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik bersatu padu dan bersatu hati memerangi penularan Covid- 19 demi keselamatan bersama serta kesejahteraan negara.

“Dimaklumkan juga, lanjutan kepada pelaksanaan PKPB dan atas titah perkenan Al-Sultan Abdullah, Istana Negara melaksanakan sekatan pergerakan separa (semi-lockdown) berkuat kuasa sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya.

Katanya, Seri Paduka Baginda amat prihatin dan menitikberatkan penjagaan dan tahap kesihatan diri pegawai serta kakitangan Istana Negara dan pelaksanaan ini adalah untuk menjaminkan keselamatan dan kesejahteraan warga Istana Negara.

“Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga Malaysia terus dilindungi dan dirahmati dan ancaman penularan Covid-19 dapat dibendung dengan berkesan dan diakhiri dengan segera,” katanya.

Sumber-HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*