“Anwar Persembah Angka 120 MP Kepada Agong” – Muhyiddin Tak Ambil Tahu Dan Tak Mahu ‘Bermain’ Politik

KUALA LUMPUR, 25 Feb -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Suratcara Pelantikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak di Istana Negara hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, Feb 25 -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah to present Letter of Appointment to the Chief Judge of Sabah and Sarawak at Istana Negara, today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak mengikuti perkembangan terkini mengenai tindakan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba menukar kerajaan dengan mendakwa menerima sokongan lebih 120 sokongan Ahli Parlimen, hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau mahu memfokuskan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri dengan memberi tumpuan menangani pandemik Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Saya sebenarnya tidak mengikuti perkara itu (cubaan Anwar tubuh kerajaan baharu), saya serahkan kepada kebijaksanaan Agung (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah).

“Tuanku seorang yang bijaksana, faham dengan peruntukan dalam Perlembagaan, ia kuasa penuh Agong maka kita harus beri kepercayaan kepada Baginda untuk membuat apa yang diputuskan, saya tidak mahu mengikuti perkara itu.

“Apa yang penting saya perlu menguruskan negara, saya masih berada di sini sebagai Perdana Menteri. Tugas dan amanah saya mesti laksanakan, perhatian utama ialah menguruskan masalah Covid-19 dan menguruskan ekonomi negara,” katanya dalam sidang media khas di kediamannya di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin menegaskan beliau lebih senang memberi fokus kepada kebajikan negara dan bukannya bermain politik.

Beliau berkata, soal kebajikan negara lebih penting dan tidak mahu bermain politik bagi mengelak persepsi negatif rakyat.

Beliau turut menafikan cuba mengelak bertemu media berikutan situasi semasa politik ketika ini.

“Saya bukan tidak buat sidang media atau mengelak media. Cuma saya memberi fokus kepada isu yang dihadapi negara setiap hari seperti Covid-19 dan soal pemulihan ekonomi.

“Media adalah satu perkara yang saya beri keutamaan, walaupun ramai berminat tanya soalan politik. Nanti rakyat fikir saya lebih suka bermain politik daripada menjaga kebajikan negara,” katanya.

Sumber-HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*