Anwar Menghadap Agong Hari Ini! Ini Yang Bakal Berlaku

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada jam 10 pagi.
Ia susulan Anwar sebelum ini mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen dan sedia membentuk kerajaan baharu.
Menjelang pertemuan berkenaan, peguam yang juga pakar undang-undang Perlembagaan, Lim Wei Jiet berkongsikan beberapa perkara yang mungkin berlaku esok:
1) Sekiranya Anwar tidak benar-benar mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen, maka tiada apa akan berlaku dan mungkin ahli Parlimen Port Dickson itu diminta untuk mencuba nasib pada masa akan datang.
2) Sekiranya Anwar dapat membawa dokumen dalam bentuk surat akuan berkanun atau Statutory Declaration (SD), Al-Sultan Abdullah mungkin boleh menasihatkan Anwar supaya mengemukakan keterangan lebih konkrit.
Mungkin baginda boleh mewawancara semua ahli Parlimen seperti yang baginda lakukan sebelum ini bagi mengenal pasti sokongan yang diperoleh Anwar.
3) YDP Agong juga boleh menasihati Anwar supaya mengemukakan satu usul khas di Parlimen, bukan hanya melalui SD atau wawancara, sekiranya benar beliau mempunyai sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.
Cara itu diamalkan banyak negara lain yang mempraktikkan sistem demokrasi.
4) Jika YDP Agong benar-benar yakin bahawa Anwar sememangnya mempunyai majoriti, baginda boleh menitahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bertemu baginda terlebih dahulu.
Muhyiddin kemudian mempunyai dua pilihan, sama ada beliau boleh meletak jawatan, atau menasihatkan YDP Agong untuk membubarkan Parlimen.
Pada peringkat ini, Al-Sultan Abdullah mempunyai budi bicara sama ada menerima cadangan membubarkan Parlimen atau menolak cadangan tersebut.
5) Sekiranya YDP Agong menolak cadangan pembubaran Parlimen, Al-Sultan Abdullah boleh terus melantik Anwar menjadi Perdana Menteri.
Sementara itu, Penyelidik Undang-Undang dan Perlembagaan, Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, YDP Agong pasti akan meneliti pelbagai aspek sebelum membuat sebarang keputusan.
Menurutnya, jika dilihat kepada pengalaman lepas, Al-Sultan Abdullah pernah bertemu dengan semua ahli Parlimen bagi memastikan keputusan baginda benar-benar jitu.
“Yang di-Pertuan Agong biasanya akan meneliti terlebih dahulu. Mungkin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan senarai nama atau mungkin juga SD yang ditandantangani ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau.
“Tetapi dokumen itu belum cukup menjadi satu asas yang kukuh untuk baginda terima bulat-bulat apa yang dikemukakan kerana kita tahu Al-Sultan Abdullah merupakan seorang yang sangat teliti sebelum membuat sesuatu keputusan,” katanya.
Sumber-Astro Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*