“Anwar Masih Gag4l Jadi PM-9?” – Pakar Perlembagaan Dedah Puncanya Yang Mengejutkan

Proses pelantikan perdana menteri dan seterusnya pembentukan kerajaan perlu dibuktikan dengan jelas terutama mengenai peralihan sokongan ahli parlimen di Dewan Rakyat, demikian menurut pandangan pakar perlembagaan.

Mereka berkata walaupun dalam perundangan tidak menyatakan secara terperinci mengenai kaedah dalam menentukan kedudukan perdana menteri yang hilang majoriti atau pihak mendakwa mendapat sokongan majoriti, peralihan sokongan itu secara kebiasaannya dibuktikan melalui akuan bersumpah (SD) ahli Dewan Rakyat.

Justeru, mereka menyifatkan nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akur dan menghormati proses perundangan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, menunjukkan proses tersebut belum dipenuhi.

Pakar perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof berkata kenyataan Istana Negara bahawa Anwar tidak mengemukakan senarai ahli parlimen yang menyokongnya setakat ini memberi gambaran bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hilang majoriti.

“Proses membentuk kerajaan atau melantik perdana menteri perlu melalui proses jelas. Pertama kena beri gambaran jelas bahawa perdana menteri tidak mendapat sokongan ahli Dewan Rakyat.

“Kedua, pihak mendakwa mendapat sokongan kena tunjukkan sokongan yang jelas seperti ada senarai nama jelas mengenai peralihan sokongan yang nyata (dalam Parlimen). Teguran dari Istana menunjukkan perkara itu tidak berlaku. Seolah-olah apa berlaku ini acah-acah politik.

“Dalam perundangan memang tidak dinyatakan secara jelas mengenai cara atau kaedah secara terperinci mengenai perdana menteri yang hilang sokongan atau pihak mendapat sokongan.

“Tapi melalui amalan kebiasaan, perkara ini boleh dinyatakan dengan jelas dengan mengemukakan SD Ahli Parlimen atau senarai nama,” katanya ketika dihubungi Bernama mengenai kemelut politik melanda negara susulan tindakan Anwar yang juga ketua pembangkang menghadap Al-Sultan Abdullah untuk membentuk kerajaan selepas mendakwa mendapat sokongan majoriti lebih 120 ahli parlimen.

Anwar, bagaimanapun, hanya mengemukakan jumlah ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan terhadapnya untuk membentuk kerajaan ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Namun, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam kenyataan Istana Negara, berkata Anwar tidak mengemukakan senarai nama Ahli Dewan Rakyat yang menyokongnya untuk mengukuhkan dakwaan berkenaan.

Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata teguran Istana Negara itu menunjukkan Ketua Pembangkang itu tidak mengikut proses undang-undang yang sepatutnya.

“Mengikut Perkara 43 Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.

“(Bagaimanapun) belum ikut proses sebab tidak membuktikan yang perdana menteri sudah hilang kepercayaan (majoriti dalam Parlimen). (Anwar) perlu buktikan yang perdana menteri tiada majoriti dan beliau mendapat sokongan majoriti dengan jelas,” katanya.

Dr Shamrahayu berkata “jika mengikut Perkara 43 Fasal 4, seorang perdana menteri yang hilang majoriti boleh berjumpa Agong dan meletak jawatan, atau Agong membubarkan dewan dengan nasihat perdana menteri.

Terdahulu hari ini, Anwar pada sidang media khas beberapa jam selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong memaklumkan telah mempersembahkan dokumen ‘sahih’ sokongan lebih 120 Ahli Parlimen terhadapnya kepada Al-Sultan Abdullah.

Agong tak mudah percaya dakwaan Anwar – Pakar Perlembagaan

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak akan sewenang-wenangnya percaya atau menerima sebarang dakwaan tanpa usul periksa kerana isu hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri, bukanlah perkara remeh.

Susulan itu, dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah memiliki majoriti sokongan Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat seperti dimaklumkan kepada Seri Paduka semalam, diyakini akan diperhalusi baginda yang mempunyai prerogatif mengambil apa sahaja tindakan wajar sebelum memutuskan Perdana Menteri tidak lagi mempunyai kepercayaan.

Pengasas Jurisprudens Watan yang juga Profesor Madya, Fakulti Pengurusan Industri, Universiti Malaysia Pahang, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, berkata titah baginda supaya Anwar akur dan menghormati proses perundangan bermakna baginda merujuk kepada Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Apabila baginda bertitah perlu mengikut proses perundangan, ini bermakna baginda merujuk Perkara 43(4) bahawa ‘apabila seorang Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri, melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.’

“Apabila Tuanku menasihati sedemikian, maknanya Baginda bertindak sesuai dengan kedudukan sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu pemelihara Perlembagaan Persekutuan dengan berdiri teguh atas pemerintahan yang adil,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Wan Ahmad Fauzi berkata, jelas dalam titah itu, Baginda meletakkan isu keselamatan dan kesihatan rakyat yang dilanda gelombang ketiga COVID-19 sebagai keutamaan berbanding pergelutan politik.

“Dalam keadaan negara dilanda COVID-19, Baginda mempunyai prerogatif untuk meletakkan ketenteraman awam sebagai keutamaan demi melindungi maslahah rakyat selaras sumpah baginda untuk berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri.

“Sebelum Baginda membuat keputusan sama ada Perdana Menteri masih mempunyai kepercayaan ahli majoriti Dewan Rakyat atau tidak, Baginda boleh menyampaikan nasihat kepada Ahli Dewan Rakyat untuk menguruskan pertikaian dalam kalangan mereka dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan negara secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata, titah baginda menunjukkan kebijaksanaan Seri Paduka yang menolak secara baik dakwaan Anwar.

“Maknanya, Tuanku bertindak secara bijaksana dan tidak mahu mana-mana pihak memanipulasi kononnya ada majoriti kukuh untuk menubuhkan kerajaan baharu.

“Jika diteliti secara harfiah, Tuanku tidak mahu rakyat bimbang dan bermakna kerajaan sekarang masih mendapat sokongan,” katanya.

Proses pemilihan Perdana Menteri yang perlu anda tahu

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Difahamkan Anwar  mempersembahkan bukti sokongan ahli Parlimen kepadanya yang dikatakan membolehkan beliau membentuk kerajaan.

Begitupun, adakah selepas menunjukkan segala bukti tersebut, Anwar akan terus diangkat menjadi Perdana Menteri kesembilan?

Hakikatnya, dalam Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memilih Perdana Menteri.

Dalam pelantikan Perdana Menteri baharu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara yang mutlak berdasarkan Perkara 40(2) yang menyebut bahawa baginda boleh bertindak menurut budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:

Pertama, melantik seorang Perdana Menteri dan kedua, tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.

Selain itu, Perkara 3(2)(b) menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

Berikut adalah prosesnya:

Perkara 32(1) perlu ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan

Ketua Utama Negara digelar Yang di-Pertuan Agong, hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana- mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.

Perkara 39 Kuasa eksekutif Persekutuan

Terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang Persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa Jemaah Menteri melalui undang-undang untuk memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.

Perkara 41 Pemerintah tertinggi

Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan.

Perlu diingatkan bahawa dalam pelantikan Perdana Menteri baharu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara yang mutlak berdasarkan:

a. Perkara 40(2) yang menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:

(i) melantik seorang Perdana Menteri;

(ii) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen; dan

b. Perkara 43(2)(b) yang menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

Anwar sanggup terima semua termasuk Dr M

Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka ruang kepada semua pihak untuk menyertainya jika berjaya membentuk kerajaan baharu, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Pembangkang dan Presiden PKR itu berkata demikian ketika ditanya sama ada Dr Mahathir dan beberapa Ahli Parlimen yang menyokong bekas Perdana Menteri itu bersamanya atau beliau menawarkan perdamaian kepada Dr Mahathir.

Anwar berkata, kerajaan baharu yang bakal dibentuknya bersifat inklusif dan terbuka kepada semua pihak, selagi mereka menyokong dasar serta reformasi institusi yang akan dilaksanakannya.

“Senarai (Ahli Parlimen) yang menyokong akan dikeluarkan kemudian (sama ada Dr Mahathir dan Ahli Parlimen yang menyokong bekas Perdana Menteri itu bersamanya).

“Kerajaan baharu ini adalah inklusif. Saya tidak berada dalam kedudukan untuk menolak mana-mana pihak untuk menyertainya, asalkan mereka menerima dasar pentadbiran baik dan reformasi institusi.

Dr Mahathir nafi sokong ‘si polan’ jadi PM

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau pernah memberi sokongan kepada individu tertentu untuk menjadi Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang baharu diasaskannya adalah bebas dan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti atau individu tertentu.

“Saya diberitahu bahawa kononnya saya menyokong seseorang daripada calon yang ingin menjadi Perdana Menteri, saya ingin nyatakan bahawa saya tidak pernah memberi sokongan kepada sesiapa pun untuk menjadi Perdana Menteri.

“Saya sendiri berada dalam parti baharu iaitu PEJUANG dan parti ini bebas serta tiada kaitan dengan mana-mana parti atau individu yang ada cita-cita untuk mendapat sesuatu jawatan.

“Saya berharap tiada lagi percubaan mengatakan kononnya saya menyokong ‘si polan’. Tiada sokongan, terima kasih,” katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook rasminya.

Keg4galan  Yang Memal-ukan

Tindak tanduk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sukar diterjemahkan sebagai politik matang dan sihat, kata Timbalan Menteri Sains, Tenaga dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim.
Ini kerana, menurutnya, banyak gerakan Presiden PKR itu kelihatan keterlal-uan dan seperti tidak lagi relevan.

Beliau mendakwa, tindakan Anwar pada Selasa jelas memperlihatkan “siri pemb0hongan yang tanpa segan silu” di atas kegagalan mengemukakan senarai nama yang menyokongnya, seperti di war-warkan sebelum ini
“Saya harap Anwar akur dengan nasihat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah keg4galan beliau yang mem4lukan itu.

“Rakyat melihat dengan jelas beliau berb0hong apabila dalam sidang media beliau mendakwa telah menyerahkan butiran lengkap sokongan yang diperolehi seperti akuan bersumpah Ahli Parlimen (MP) dan parti-parti yang terlibat.

“Sedangkan, sejurus kemudian, Istana Negara memaklumkan cuma dimaklumkan angka tanpa sebarang senarai MP atau bukti berkaitan,” katanya kepada Astro AWANI malam tadi.

Justeru, Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu mendakwa, Anwar tidak lagi wajar berada dalam arus politik tanah air yang memerlukan politik matang dan sihat untuk memacu pembangunan negara selain memastikan kesejahteraan rakyat.

Saya fikir beliau telah meng3cewakan seluruh penyokong dia sendiri, negara sementelah lagi. Beliau akan menjadi semakin tidak relevan oleh peristiwa ini.

“Mungkin sudah tiba ketikanya beliau memikirkan untuk mengundurkan diri,” katanya.

Naib Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu itu juga berkata, negara ketika ini memerlukan tokoh politik yang kompeten, berkarisma serta mengutamakan kepentingan negara dan rakyat pada masa hadapan.

“Bukannya kepentingan diri atau dogma politik kepals-uan yang tiada berpenghujung,” tambahnya.

Maru-ah negara, kata Ahmad Amzad, tidak perlu digadaikan oleh ahli politik yang seolah-olah sudah hilang rasa ma-lu.

AHMAD AMZAD: Anwar tidak lagi wajar berada dalam arus politik tanah air yang memerlukan kematangan untuk memacu pembangunan negara selain memastikan kesejahteraan rakyat. – Foto Facebook

“Inikah kualiti pemimpin yang ingin menjadi Perdana Menteri?””-Prof Mohd Ridhuan Tee Abdullah

“Ketika negara berada dalam kesusahan akibat COVID-19 yang melanda, sepatutnya masa ini, kita pakat-pakat membantu, sumbangan apakah yang terbaik yang boleh diberikan

“Ini tidak, pergi mengadap YDPA, bagi tujuan mengatakan bahawa sokongan majoriti telah diperolehi bagi menumbangkan kerajaan yang diterajui oleh PM Muhyiddin Yassin

“Dikuti, dengan yakinnya, dalam sidang akhbar, beliau berkata, majoriti telah diperolehi, kerajaan pimpinan Muhyiddin telah tumbang.
“Sejurus pertemuan itu, Istana Negara mengeluarkan kenyataan antaranya yang berbunyi, dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit ini, beliau telah mengemukakan jumlah Ahli ahli “Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau.

“Walaubagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.

“Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati beliau untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Mengucap panjang saya. Wayang apakah yang sedang dimainkan ini? Perkara sebegini serius pun tidak dibuat begitu serius.

“Sebelum ini, beliau ada menyebut bahawa dalam majlis mengadap YDPA, beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli parlimen yang kukuh dan meyakinkan sepertimana yang disebut sebelum ini.

“Ternyata, kenyataan beliau agak bercanggah?

“Sudah tentu sebagai rakyat jelata yang berpandukan kepada Rukun Negara, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, pastinya titah diRaja jauh lebih dipercayai daripada kata-kata mainan orang politik.

“Sudah-sudahlah. Banyak lagi kerja kita. Rakyat sudah bosan dengan permainan ini. Banyak masa dan tenaga habis begitu sahaja.

“Sedih tengok wartawan, sanggup bersusah payah berjemur, menanti di luar Istana untuk mendapatkan bahan berita, sehingga YDPA mencemar duli, menghulurkan sarapan untuk mereka.

“Tunggu punya tunggu, rupanya kenyataan berita yang diberikan sekadar hampas. Nasib baiklah Istana Negara cepat-cepat mengeluarkan kenyataan. Jika tidak, sudah tentu kita semua terpedaya.

“Berhentilah daripada permainan politik ini. Kita, sebagai rakyat marhaen sudah letih dengan tindak-tanduk pemimpin politik yang menjengkelkan ini.

Sumber – Bernama, mstar via trendingsangat.pw

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*