“Antara Dua Darjat” – 3 MP PN Termasuk Menteri Kesihatan Sendiri Dibenarkan Hadir Parlimen Untuk Mengundi Meskipun Di Bawah Arahan Kuarantin

Tiga ahli parlimen yang sedang menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) dibenarkan menghadiri persidangan Dewan Rakyat selepas mendapat kelulusan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

Ketiga-tiga ahli parlimen itu, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba (BN-Tenggara), Menteri Sumber Manusia M Saravanan (BN-Tapah) dan P Prabakaran (PH-Batu) sebelum ini terdedah kepada pesakit positif Covid-19.

“Tiga-tiga HSO telah menulis surat permohonan kepada KP Kesihatan untuk hadir (ke parlimen).

“KP kesihatan melalui surat 14 Disember telah meluluskan permohonan tiga wakil rakyat tersebut untuk time off untuk hadir ke parlimen dari sehingga 17 Disember,” kata Azhar.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang meminta penjelasan Azhar atas tindakannya membenarkan tiga wakil rakyat itu berada dalam dewan untuk mengundi.

Azhar menambah dia difahamkan pengecualian ini bukan hal baru dan pernah diberikan sebelum ini.

Ketika, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, beberapa pusat daerah mengundi (PDM) termasuk di SK Bukit Garam, Lamaq membenarkan pengundi yang masih dalam kuarantin di rumah untuk mengundi.

Semalam, pembangkang keluar dewan selepas tidak berpuas hati dengan penjelasan Azhar mengenai kehadiran tiga ahli parlimen memakai pakaian pelindungan diri (PPE).

 

Sumber – Mkini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*