Annuar Musa Kecewa Dengan Apa Yang Berlaku Di Perak. Beliau Dedahkan Apa Yang Sepatutnya Dilakukan

KUALA LUMPUR – “Sejujur, saya tidak gembira dengan apa berlaku di Perak. Kita tidak berpeluang berbincang terlebih awal di peringkat biro politik atau Majlis Tertinggi UMNO.
Itu ulasan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa ekoran insiden melibatkan ‘kekalahan’ undi percaya terhadap Menteri Besar Perak.
“Saya berdoa agar perjuangan yang seharusnya mengutamakan solidariti dan perpaduan ummah tidak terjejas,” katanya dalam ciapannya di Twitter hari ini.
“Kalau isu Menteri Besar, ada cara lain menguruskannya. Kebijaksanaan diperlukan.” ujar Annuar lagi.
Kelmarin, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atau dikenali sebagai Peja gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya terhadapnya yang dikemukakan seorang ADUN dari Barisan Nasional (BN).
Dalam undian belah bahagi ketika permulaan sesi persidangan DUN itu pagi ini, daripada 59 ADUN yang mengundi hanya 10 bersetuju manakala 48 tidak bersetuju dan satu berkecuali.
– MalaysiaGazette via tuncarlos

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*