Annuar Musa Dipecat Serta Merta. Tak Sangka Ini Pengganti Jawatan Setiausaha Agung BN

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan Datuk Ahmad Maslan sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional yang baharu menggantikan Tan Sri Annuar Musa.
Pelantikan itu berkuat kuasa serta merta.

Menurut portal berita tempatan, Ahmad Zahid mengumumkan keputusan tersebut dalam ucapan semasa perjumpaan khas dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

UMNO juga difahamkan akan mengumumkan penarikan sokongan kepada kerajaan sebelum 1 Februari ini.

Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini menegaskan, beliau sedia dipecat daripada parti itu sekiranya kritikannya berkaitan isu penyatuan Melayu dan Islam tidak disenangi ahli serta pemimpin akar umbi parti berkenaan.

Sumber – Bharian

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*