Amar Baharin Dah Tak ‘Follow’ Isterinya Sendiri Kat IG, Sekali Nad Zainal Komen Terus Terdiam Semua..

Sudah menjadi kelaziman, mereka yang bergelar suami isteri akan saling mengikuti pasangan masing-masing di media sosial.

Bahkan, jika ada antara yang tiba-tiba tidak ‘follow’, barangkali situasi tersebut mungkin membuatkan ada yang beranggapan terdapat hal yang tidak kena dengan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan pelakon Amar Baharin yang ‘bingung’ selepas mendapati dia tidak lagi mengikuti isterinya di Instagram baru-baru ini.

“Sekarang ini aku musykil..macam mana aku boleh tak follow isteri aku sendiri?

“Sedangkan selama ini aku follow je dia pergi mana-mana,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam hantaran tersebut Amar turut berkongsi paparan tangkap layar akaun Instagram isterinya yang tanpa sengaja tidak diikutinya.

“Kalau anda hebat, cuba senaraikan beberapa perkara yang menyebabkan kita ter’unfollow’ mungkin dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Perkongsian Amar itu kemudian mendapat reaksi daripada isterinya sendiri yang mempersoalkan ‘insiden’ tersebut.

“Hmmm Amyra Rosli mana yang daddy follow selama ini? Mengaku cepat!,” tulis Amyra di ruangan komen.

Komen Amyra itu kemudian menerima lebih 800 tanda suka dalam kalangan netizen.

Rata-rata cuba berseloroh situasi tersebut mungkin menyebabkan Amar terpaksa tidur di luar.

Pada masa sama, rata-rata netizen juga mengakui pernah berdepan situasi sama yang menyifatkan mungkin terdapat gangguan pada sistem media sosial tersebut.

Bahkan, rakan artis, pelakon Nad Zainal juga mengakui pernah berdepan masalah sama.

“Pernah terjadi, bersengketa kejap @faliqamirudin,” komen Nad.

Amar kemudian mengakui kepada Nad situasi itu boleh mengundang masalah yang tidak diingini.

“Punca keretakan betullah” tulisnya.

Sebelum ini ANAK sulung kepada pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli iaitu Aqeef Anaqi dimasukkan ke h0spital akibat disl0kasi di bahagaian sendi siku kirinya.

Menurut Amar, 35, insiden tersebut berlaku ketika Anaqi, 3, sedang bermain di kediaman mereka.

“Dia terkena subluxation atau dislokasi di bahagian sendi siku dia.

“Benda ni terjadi masa dia tengah main-main dekat rumah… terseliuh waktu Amyra nak suap dia makan.

Cuma takutkan dia lasak sangat, kami pakaikan dia plaster cast.

“Biasalah budak-budak umur macam ni tengah nak explore,” katanya kepada mStar.

Tambah Amar, anak lelakinya kini sudah dibenarkan pulang ke rumah dan berada dalam keadaan baik.

Pelakon drama Suamiku Encik Sotong ini turut bersyukur kerana kecederaan yang dialami Anaqi tidak terlalu serius.

“Alhamdulillah, Anaqi dah okey sikit… dia dah dekat rumah sekarang ni.

Amar dan isterinya, Amyra bersama anak-anak mereka.

“Nasib baik tak ada apa-apa yang terlalu serius. Cuma takutkan dia lasak sangat, kami pakaikan dia plaster cast supaya tak mengganggu proses untuk dia sembuh,” ujarnya.

Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 3, dan Ayra Aryssa yang lahir pada 1 Februari lalu.

Sumber: GEMPAK via trendingsangat

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*