Al-Fatihah, Seorang Bapa Kehilangan Peminat Dan Pengkritik Nombor 1 Masakannya. Luluh Hati Sewaktu Daftar Kematian

Malam ini kegembiraan para lelaki bujang, suami dan ayah di group Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI) bertukar pilu apabila seorang ayah ini telah kehilangan anak tercinta.

Fazli Sahak Ishak, ahli SMAHI dari Taiping, Perak berkongsi kisah duka apabila anak perempuan kesayangannya, Waheeda (gambar), 25, telah pergi dijemput Ilahi pada Subuh kelmarin.

Difahamkan, anaknya itu meninggal dunia kerana mengalami masalah komplikasi kesihatan yang sudah menjarah tubuhnya sejak beberapa bulan lepas.

“Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Anak sulung saya telah kembali ke Rahmatullah pada 25 Jan 2021. Saya kehilangan peminat dan pengkritik nombor 1 masakan saya.

Hilang sudah semangat saya untuk memasak, Namun saya tabahkan jua, Harini daddy masak bihun goreng untuk dihantar ke tahfiz untuk tahlil kakak (arwah).”

Diserang arthritis, Menurut Fazli, kesihatan anak kesayangannya itu mula merosot sejak November tahun lepas apabila arwah disahkan dijangkiti rheumatoid arthritis, iaitu penyakit autoimmun yang menyebabkan berlakunya radang pada sendi-sendi.

Dia menghidap sakit arthritis, Ikut cakap doktor, antibodi dia jadi ‘gila’. Mula-mula akan serang sendi-sendi sampai lemah.

Lepas itu akan serang lain-lain tempat yang tak sakit, Jadi anak saya ni dia serang kat jantung, katanya ketika dihubungi Siakap Keli hari ini.

Difahamkan, Waheeda yang juga merupakan pelajar tahun akhir jurusan Sains Sekitaran di Universiti Kebangsaan Malaysia mula menderita sakit itu ketika hari pertama menjalani sesi Latihan Industri ketika itu.

Malah jelas Fazli, selera Waheeda juga ‘hilang’ sepanjang tempoh sakit tersebut.

Waktu dia sakit memang tak lalu makan, Tapi kalau saya yang masak, mesti akan habis satu pinggan.

Tapi petang terakhir dia, saya buat lasagna tapi dia cuma makan satu sudu kecil saja, jelasnya.

Ketika waktu-waktu terakhir di wad Hospital Taiping, hanya isterinya sahaja yang dibenarkan masuk untuk menjaga Waheeda dan kebetulan pada ketika itu, Fazli ada urusan di tempat lain.

Isteri beritahu dia (Waheeda) kata sedap sangat (lasagna). Cuma dia tak boleh nak makan cheese dan daging sebab pejal,luahnya.

Akhirnya tepat jam 5.16 pagi pada 25 Jan baru-baru ini, Waheeda pun menghembuskan nafasnya buat kali yang terakhir, meninggalkan ayah, ibu dan adik-beradiknya yang lain.

Perginya seorang anak kesayangan, sahabat, peminat dan pengkritik masakan membuatkan Fazli bagai kehilangan separuh ‘nyawanya’.

Atas niat menjana pahala amalan buat arwah, Fazli tekad memasak juadah bihun goreng untuk disedekahkan kepada pelajar-pelajar di pondok tahfiz terdekat sebagai santapan.

Perkongsian Fazli di group SMAHI mendapat maklum balas daripada brotherhood-brotherhood di sana.Al fatihah.

Sumber-Siakap keli via media tular

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*