TULAR! Pemandu Ambulans Meningg4l Serta Merta Sejurus Lepas Hantar Pesakit Covid-19. Ini Punca Sebenar Kemati4n Beliau

Pemandu ambulans juga merupakan salah seorang daripada petugas barisan hadapan yang boleh diibaratkan sebagai “wira yang tak didendang”.

Meskipun kita jarang mendengar kisah pengorbanan mereka kerana berada di sebalik tabir, hari ini kita dikejutkan dengan pemergian salah seorang pemandu ambulans di Klinik Kesihatan Tronoh yang tiba-tiba rebah selepas menghantar pesakit COVID-19 ke hospital.

Berita tersebut tular di laman Facebook Viral Perak dan dikatakan punca kematian mangsa, Ahmad Zamri Sulaiman, 54, adalah disebabkan oleh keletihan yang terlampau. Namun buat masa ini belum ada sebarang pengesahan atau kenyataan rasmi yang dibuat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Rata-rata warganet jelas begitu sedih dan hiba dengan berita tersebut. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah buat seisi keluarga Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Sumber – FB Viral Perak Via funtasticko.net

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*