“Jodoh, Maut Di Tangan Allah” – Innalillah, Jenazah Bakal Pengantin Mati Lemas Akhirnya Ditemui

Selepas hampir 48 jam operasi mencari dan menyelamat bakal pengantin yang dipercayai lemas di Pantai Kelulut, Marang dijalankan,  akhirnya jenazah Naim Hariri, 35 telah dibawa naik sekitar jam 10. 10 pagi tadi.

Menerusi Astro Awani, Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris mengesahkan penemuan mayat Naim Hariri itu di Pantai Alor Tuman.

Sahabat maklumkan jenazah sedang dibedah siasat

Dalam muat naik daripada sahabatnya yang di kenali sebagai F_edly di IG story, dia menyatakan jenazah Naim telah ditemui terdampar sekitar jam 8 pagi.

Dia juga memaklumkan ahli keluarga mangsa sudah membuat pengecaman dan jenzah sedang menjalani proses bedah siasat sebelum di bawa pulang ke Kuala Lumpur.

Terdahulu, Naim Hariri Kamaruddin dari Cheras yang datang ke Terengganu bagi melangsungkan pernikahan mengambil peluang beriadah di Pantai Kelulut pada petang Jumaat sebelum dijadualkan diijab kabul dengan tunangnya, Fatin Nabilah Huda Ismail pada pagi Sabtu.

Namun, ketika mandi di pantai tersebut, allahyarham telah ditarik ombak ke tengah laut sekitar jam 6.40 petang Jumaat.

Sumber-motifviral

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*