Agong Tolak Permintaan PM, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Gesa Muhyiddin Letak Jawatan. Ini Yang Berlaku di Rumah PM Malam Tadi

Home Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin at a press conference after special meeting on the Johor causeway congestion issue at the Bangunan Sultan Iskandar Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) Complex here on Sunday (Dec 1).

Rumah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara menjadi tumpuan beberapa pengunjung malam tadi

Perkembangan ini hadir beberapa jam setelah Muhyiddin gagal mendapatkan perkenan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mengisytiharkan darurat.

Beberapa kenderaan bercermin gelap dilihat memasuki pekarangan kediaman Muhyiddin malam ini.

Kenderaan tersebut dipercayai kenderaan beberapa menteri.

Puad gesa PM berundur, dakwa Azmin, Hamzah dipersalahkan

Dalam pada itu Anggota Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas Yang di-Pertuan Agong menolak cadangannya untuk mengisytiharkan darurat.

Dalam satu hantaran di Facebook, Fuad juga menjelaskan mengenai apa yang berlaku di kediaman perdana menteri di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, malam tadi.

Berlangsung dalam suasan emosi

Puad mendakwa pertemuan di kediaman Muhyiddin itu berlangsung dalam suasana emosi apabila pemimpin Bersatu dikatakan menyalahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin berhubung cadangan tersebut.

“Semua menuding jari ke arah Azmin dan Hamzah. Benarkah “ill advise” kepada Muhyiddin itu adalah mereka,” Soal Puad.

Ketika pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkumpul di kediaman Muhyiddin malam tadi, terdapat spekulasi bahawa perdana menteri dan presiden Bersatu itu akan meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan Bersatu yang bercakap dengan Malaysiakini dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan menafikan perkara ini.

Sementara itu, Puad berkata penolakan Yang di-Pertuan Agong terhadap perisytiharan darurat mempunyai dua implikasi.

“Pertama, Agong menyedari “langkah Muhyiddin” itu hanyalah muslihat politik bukan untuk memerangi Covid-19.

“Di para tiga kenyataan media Istana Negara, dinyatakan….’Al-Sultan Abdullah merasakan Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan’,”

“Kalau YDP Agung yakin, kenapa PM tidak yakin. Apakah PM cuba membohongi YDP Agong? Alhamdulillah, YDP Agong dan Majlis Raja-Raja amat teliti dan bijaksana,” kata Puad.

Kedua katanya, ramai pakar perundangan mengatakan Seri Padukan harus mendengar nasihat perdana menteri seperti termaktub dalam Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan, namun perkara itu tidak berlaku.

“Tapi nampaknya nasihat Memanda Menteri tidak diterima. Maka di mana kredibiliti seorang perdana menteri,” katanya

PM: Jemaah menteri akan bincang lebih lanjut titah Agong

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata jemaah menteri mengambil maklum mengenai “pendapat” Yang Di-Pertuan Agong yang menyifatkan tiada keperluan mengisytiharkan darurat.

Muhyiddin juga berterima kasih atas nasihat baginda agar ahli politik berhenti mengganggu gugat kestabilan pentadbiran kerajaan.

“Jemaah menteri mengambil maklum kenyataan Istana Negara mengenai pendapat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia.

“Jemaah menteri akan berbincang dengan lebih lanjut akan titah Seri Paduka Baginda Tuanku.

“Keutamaan jemaah menteri dan kerajaan pada masa ini Ialah untuk melindungi rakyat daripada wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataa media malam ini.

“Saya menjunjung kasih di alas kepercayaan Seri Paduka Baginda kepada kerajaan pimpinan saya dan menyambut baik nasihat supaya kestabilan kerajaan tidak diganggu-gugat,” kata Muhyiddin lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*