“Agong Kan Tengah Dirawat Kat IJN, Korang Pulak Sebok Bergaduh Siapa Jadi PM, Kepala H0tak La” – Uncle Kentang

” Siapa tak cukup kerusi untuk jadi Perdana Menteri..nak sewa, sila call 019 1234567890..kita akan bantu anda untuk cukupkan kerusi di bawa ke Istana Negara”

Demikian hantaran ditulis di Facebook aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng yang menarik perhatian ramai sehingga meraih 17 ribu tanda suka dan lebih 1.4 ribu perkongsian.

Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang itu adalah susulan kenyataan pemimpin politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mendapat sokongan hampir dua pertiga untuk membentuk kerajaan baru.

Menurut Uncle Kentang lagi, perebutan kuasa tidak seharusnya berlaku di kalangan pemimpin di kala negara masih bergelut dengan keadaan ekonomi akibat pandemik COVlD-19.

” Tatkala negara mengalami musiibah, kepala h0tak kau orang berebut mau jadi PM. Sungguh memaIukan.

” Rakyat tak akan sokong orang seperti kamu ini. Sila maIu sikit pada rakyat. Kalau kamu tak tahu apa itu maIu sila check dengan Dewan Bahasa. Please..”

Bukan sekadar hantaran itu, Uncle Kentang dilihat menulis beberapa hantaran lain di Facebook berkenaan isu kenyataan Anwar dan beberapa pemimpin parti lain.

Come on lah, Agong baru masuk IJN

” Aku sayang anda semua..petang-petang bagi lah aku chance bubuh mana-mana yang suka mau rebut kerusi..kita buat gelak atas subjek yang cuba kata aku cukup kerusi..mimpi kah?

” Aku suka gelak petang.. stress satu hari bersama yang dah m4ti… yang akan m4ti.. dan yang sedang saakit. So kalau petang aku buat giiIa… rileks lah… nak lepas stress…

” Kita harus ada kestabilan politik. DYMM baru masuk IJN semalam… nak pulak layan kamu orang punya karenah… come on lah.. let our DYMM YDPA rest lah..

” Nanti kita call Tuanku punya officer… check bila Tuanku sihat.. kita kasi kawal itu gate istana…jangan bagi orang bawa kerusi masuk Istana… hehehehe” tulis Uncle Kentang lagi.

Terdahulu, Anwar membuat kenyataan mengejutkan di mana hampir dua pertiga Ahli Parlimen menyokongnya untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus menumbangkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Anwar pada rabu lalu, sokongan yang dianggap kukuh dan meyakinkan itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebaik baginda keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN).

” Sebenarnya saya mendapat perkenan mengadap baginda Selasa pada jam 11 pagi, namun terpaksa ditangguhkan selepas baginda menerima rawatan di IJN.

” Dengan sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan ini, bermakna kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin jatuh,” katanya.

Katanya, maklumat dan langkah selanjutnya akan dimaklumkan selepas menghadap YDPA dalam masa terdekat.

” Pentadbiran ini mewakili bukan saja rakyat Melayu Bumiputera tetapi semua kaum di negara ini,” katanya.

Sumber: FB Uncle Kentang vis asiakini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*