Adakah Ini Yang Bakal Berlaku Kepada Muhyiddin Sekiranya Agong Menerima Pelaksanaan Darurat.

Kenyataan berhubung kabinet semalam yang bersetuju pelaksanaan da.rurat bagi membendung penularan COVlD-19 telah mengejutkan ramai pihak.

Pastinya rakyat yang paling terkejut dengan kenyataan tersebut. Malah meskipun sudah dinyatakan, ia bertujuan mengawal COVlD-19, ramai yang masih belum faham tujuan sebenar dan da.rurat apakah yang dimaksudkan ini.

Seorang pemimpin kanan Umno, yang bercakap dengan Malaysiakini dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, percaya tindakan itu boleh memakan diri.

Menurutnya, ini mungkin mendorong mereka yang bersikap neural menjauhi kerajaan Perikatan Nasional dan menjadikan Muhyiddin kelihatan lemah.

” Tentunya rakyat akan melihat ini sebagai ‘menggantung demokrasi’ dan bukan menggantung parlimen. Ini menimbulkan lebih banyak kemar4han kepada Muhyiddin dan mereka yang berpihak kepadanya, ”tambahnya.

Pemimpin Umno itu juga mendakwa ramai menteri tidak tahu mengenai perkara itu sehinggalah pagi tadi.

” Ideanya (untuk isytihar da.rurat) dikemukakan oleh sekelompok kecil individu dan beberapa menteri menyatakan kebimbangan (mengenai akibatnya),” tambahnya.

Apa akan berlaku jika Agong berkenan dengan permintaan untuk melaksanakan da.rurat?

Sekiranya Yang di-Pertuan Agong berkenan dengan permintaan tersebut, Muhyiddin tidak perlu membentangkan Belanjawan 2021 untuk undian ahli parlimen pada 17 Nov.

Ini juga akan menggagalkan usaha untuk melakukan undi tidak percaya terhadapnya.

Muhyiddin yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri selepas berlakunya peristiwa ‘Langkah Sheraton’ pada Feb lalu, kini berdepan risiko dijatuhkan sebagai perdana menteri.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim mendakwa memiliki sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan baru, manakala pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah bergandingan dengan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Muhyiddin.

Walaupun Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sokongan Umno kepada Muhyiddin, namun penganalisis politik berpendapat presiden Umno itu tidak mewakili pandangan semua ahli parlimen daripada parti itu.

Terdahulu Muhyiddin tiba di Istana Abdulaziz di Kuantan hari ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan yang membawa perdana menteri dilihat memasuki pagar Istana Abdulaziz pada kira-kira 4.40 petang, diiringi pasukan keselamatan dan sejumlah kenderaan rasmi kerajaan negeri Pahang.

Turut kelihatan memasuki Istana Abdulaziz ialah kenderaan rasmi Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Affendi Buang.

Pengamal media mula berkumpul di laluan masuk ke istana itu seawal 2.30 petang, selepas ura-ura perdana menteri akan menghadap Seri Paduka mula tersebar sejak tengah hari tadi.

Muhyiddin terdahulu mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi, dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.

Turut dilihat memasuki Perdana Putra ialah kenderaan yang membawa menteri-menteri Kabinet dan PAT Affendi Buang.

Sumber:maIaysiakini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*