Ada Yang Beratur Sejak 5 Pagi, Pemilik Kedai Roti Canai Janda Dedah Rahsia Kedai Jadi Tumpuan Orang Ramai

POKOK SENA: Restoran Roti Canai Janda yang diusahakan dua beranak berstatvs janda di Kampung Baru Derang, Pokok Sena dekat sini menjadi tvmpuan pelanggan termasuk dari luar daerah ini sejak tiga tahun lalu.

Pemilik restoran itu, Norasiah Abdul Rahman, 47, mengunakan slogan ‘Nlkmatnya Tak Terlupa’ sehingga menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan pintas dari Pokok Sena ke Bandar Darulaman, Jitra.

Norasiah yang berpisah dengan suaminya sejak 2007 mengakui slogan itu memlkat ramai pelanggan untuk menikmati roti canai yang ditebarnya sendiri.

Menurutnya, dia dibantu anak sulungnya, Nurul Nadia Ismail, 27, yang juga ibu tunggal selepas ditlnggalkan suaminya awal tahun ini.

“Nama restoran ini diberi berdasarkan statvs saya sebagai janda dan setakat ini sambutan yang diterima sangat menggalakkan,” katanya ketika ditemui di restorannya di sini semalam.

Norasiah memberitahu, dalam sehari, dia dapat menjual kira-kira 400 biji roti canai dan antara sajian popular di restoran itu ialah roti canai sarang burung serta roti doll.

“Roti canai itu saya sendiri yang tebar dan kuah serta sambal pun saya masak sendiri,” katanya.

Norasiah mempunyai tiga orang anak termasuk anak kedua bernama Nurul Hidayah, 26, yang sudah berumah tangga dan menetap di Kuala Lumpur dan anak ketiga Mohd. Ariff Fahami, 21, yang tinggal bersama bekas suaminya.

Norasiah memberitahu, selain itu, antara menu lain yang dijual di restorannya ialah laksa, nasi campur dan pulut ikan kering.

Katanya, restorannya itu dibuka pada setiap hari bermula dari pukul 6 pagi hingga 1.30 petang.

“Bagaimanapun, ada beberapa pelanggan mula menunggu untuk minum dan makan di restorannya seawal pukul 5 pagi,” tambahnya.

Dalam pada itu, menurutnya, dia kecewa apabila terdapat segelintir masyarakat yang yang membuat pelbagai persepsi apabila menamakan restorannya itu dengan perkataan ‘janda’.

“Saya juga berdepan uslkan pelanggan lelaki, namun saya tidak mengendahkannya dan menganggap mereka sebagai pelanggan sahaja,” katanya.

 

Sumber – Onlinemalaya

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*