‘Abah’ Dikecam Kerana Tak Pakai Gelang Pink. Rupanya Ini Punca Sebenar…

Umum sedia maklum bahawa ketika ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah berikutan menjadi kontak rapat kepada salah seorang menteri yang didapati positif Covid-19.

Kenapa tak pakai gelang pink?

Namun begitu, pada sidang media perutusan khas mengenai situasi semasa Covid-19 semalam, ramai warganet telah mempersoalkan mengapa beliau tidak memakai gelang tangan kuarantin ketika ini sedangkan menjadi kontak rapat kepada pesakit positif Covid-19.

Kenyataan Jabatan Perdana Menteri

Sehubungan itu, Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan rasmi di media sosial dengan menjawab segala tohmahan yang dilempar berkenaan penggunaan gelang kuarantin.

Tidak diberi gelang kuarantin

Menerusi kenyataan itu, Muhyiddin tidak diberikan gelang kuarantin oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana menjalani kuarantin kendiri di rumah susulan menjadi kontak rapat kepada pesakit positif.

Namun begitu, beliau perlu memantau sendiri kesihatan diri setiap hari selama 14 hari menggunakan aplikasi MySejahtera.

Sudah lebih 3 kali lakukan ujian saringan

Oleh itu, pihak Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau tidak melanggar arahan KKM dan masih mengikuti saranan kuarantin kendiri selama 14 hari yang sudah ditetapkan.

Kenyataan tersebut memaklumkan bahawa PM telah menjalani beberapa kali ujian saringan Covid-19 iaitu pada 5 Oktober dan tiga kali dalam tempoh tiga minggu iaitu 22, 26 dan 29 September yang lepas. Kesemua ujian saringan disahkan negatif.

Malah Pejabat Perdana Menteri juga menasihatkan agar Muhyiddin segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala semasa dalam tempoh pemantauan.

Sumber: Muhyiddin Yassin via ohmymedia

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*