“44 Peratus Rakyat Malaysia Hadapi Masalah Mental” – Anwar Ibrahim

Kuala Lumpur – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan perlu memperuntukkan dana yang munasabah untuk membendung isu masalah kesihatan mental dihadapi rakyat berikutan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurut Anwar, kesihatan mental merupakan antara lapangan yang amat kurang diberi perhatian dan pendanaan awam.

Tambah beliau, dapatan terkini menunjukkan 44 peratus warga Malaysia terkesan dengan masalah kesihatan mental sejak awal penularan pandemik tersebut.

“Kesan pandemik Covid-19 amat besar dan ia meningkatkan kegelisahan, tekanan dan kesunyian dalam kalangan warga yang terpaksa melalui fasa pengurungan dan sebagainya.

“Keadaan bertambah buruk apabila ada yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan harian dan kanak-kanak juga terdedah dengan gangguan mental akibat daripada sekolah-sekolah yang ditutup, perhubungan yang terhad dengan aktiviti ko-kurikulum serta masa bersama rakan turut terkesan.

“Ada juga sebilangan warga yang terpaksa berdepan dengan gejala penderaan di rumah dan tekanan akibat terkurung,” katanya dalam satu kenyataan akhbar sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia di sini hari ini.

Bagaimana pun kenyataan Anwar itu mendapat sindiran tajam dari netizen yang menyifatkan bekas timbalan perdana menteri itu antara yang mengalami masalah mental.

Menurut mereka ‘kegilaan’ Anwar untuk menjadi perdana menteri merupakan punca beliau mengalami masalah tersebut.

Rabu lalu Anwar menyatakan, telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, pada 13 Oktober ini.

Perjumpaan tersebut bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu.

Terdahulu, Anwar mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan serta akan mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Untuk rekod Anwar sebelum
ini pernah berulang kali mendakwa mempunyai bilangan sokongan ahli parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Sumber-Theklasik

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*