Hidup Susah ‘Terpaksa’ Bunuh Tiga Anak Serentak Secara Mengerikan. Ini Rupanya Punca Sebenar

Jakarta: Akibat dihimpit masalah kewangan, seorang ibu di Sumatera Utara, tergamak membunuh tiga orang anaknya serentak dengan sebilah parang.

 

Kejadian berlaku pada Rabu lalu ketika abang, bapa dan datuk mereka keluar mengundi pada pilihan raya tempatan di Nias Utara.

The Straits Times melaporkan sebaik pulang ke rumah, datuk mangsa mendapati tiga cucunya itu maut dengan kesan kelar di leher.

Jurucakap polis Nias, Yansen Hulu berkata, ketiga-tiga mangsa yang berusia lima, empat dan dua tahun itu tinggal bersama ibu mereka yang berusia 30 tahun.

 

“Ibu itu membunuh ketiga-tiga mangsa sekali gus, sebelum berbaring di sebelah mangsa dengan memegang sebilah parang.

 

“Selepas menemui mayat ketiga-tiga adiknya, kakak mangsa menghubungi ayahnya yang kemudian bergegas pulang ke rumah,” katanya.

 

Yansen berkata, susulan kejadian, polis menangkap ibu berkenaan dan merampas parang yang digunakan dalam kejadian itu.

 

Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Daerah Gunungsitoli untuk bedah siasat.

“Siasatan awal menunjukkan bahawa suspek membunuh anak-anaknya kerana tertekan dengan masalah kewangan,” kata Yansen.

 

Sementara itu, seorang pakar psikologi dari sebuah universiti di Medan, Irna Minauli, berkata, polis wajar melakukan pemeriksaan psikologi terhadap suspek.

 

“Selalunya, orang yang mengalami kemurungan selepas bersalin akan menderita skizofrenia dan mereka akan mengalami halusinasi dan khayalan.

 

“Mereka akan mula mendengar bisikan yang memberitahu mereka untuk mengakhiri kehidupan mereka sendiri atau orang lain,” katanya.

 

Sumber-HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*