Tajuddin Tegaskan Panggilan ‘Budak’ Terhadap Syed Saddiq Adalah Bersesuaian. Namun, Ulasan Speaker Dewan Negara Amatlah Tidak Masuk Akal

Meski terdapat bantahan dari ahli parlimen pembangkang, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun hari ini memutuskan bahawa ucapan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman yang menyifatkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman sebagai “budak” adalah jenaka yang dibuat tanpa niat jahat.

“Saya rasa semua itu jenaka, tak ada mala fide (niat buruk),” kata Azhar ketika menjawab permintaan dari Hannah Yeoh (PH-Segambut), Lim Guan Eng (PH-Bagan), dan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) untuk memutuskan sama ada ucapan Tajuddin melanggar peraturan parlimen atau tidak.

Tajuddin telah membuat kenyataan itu hari ini ini semasa ucapan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Willie Mongin untuk menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa kementerian.

Willie telah membenarkan Tajuddin untuk mencelah, namun tidak memberi laluan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga berdiri ketika itu.

Tajuddin memerintahkan Syed Saddiq untuk duduk tetapi menggunakan istilah “budak” bagi merujuk ahli parlimen Muar itu.

Tajuddin kemudian bertanya adakah kerajaan merancang untuk mengembangkan lebih banyak pengeluar produk getah tempatan di pasaran yang ketika ini dikuasai oleh syarikat gergasi.

Yeoh kemudian membangkitkan Aturan Mesyuarat dan menuntut Speaker memutuskan sama ada ucapan Tajuddin mengikut peraturan parlimen atau tidak.

Namun, Tajuddin menegaskan bahawa tidak ada yang salah dengan istilah “budak” yang digunakan untuk merujuk Syed Saddiq.

“Saya mahu jelaskan apa? Saya berumur 72 tahun. Dia umur berapa?” katanya.

Ketika Willie melanjutkan ucapannya, Syed Saddiq sekali lagi berusaha untuk mencelah dan akhirnya diberi laluan untuk bertanya adakah kerajaan akan mempertimbangkan kembali cadangan untuk melaksanakan cukai ‘durian runtuh’ terhadap syarikat sarung tangan utama yang membuat keuntungan besar.

“Saya beri ruang. Dia bukan budak, tetapi budak handsome,” kata Willie.

“Saya tidak mahu membahaskan mengenai isu sama ada saya budak atau sebaliknya, tetapi saya ingin membangkitkan di Dewan ini, bahawa sebagai ahli parlimen saya tidak pernah terfikir untuk melabelkan Pasir Salak sebagai orang tua,” kata Syed Saddiq.

Azhar akhirnya memutuskan bahawa kenyataan Tajuddin adalah jenaka dan meneruskan proses dengan undi belah bahagi yang diminta oleh oleh Teresa Kok (PH-Seputeh) mengenai peruntukan kementerian.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber – mkini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*