3 Rakan Dah Meninggal, Aqilah Kini Stabil Tapi Masih Kritikal..

Kuala Lumpur: Keadaan pelajar jurusan farmasi Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, yang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dilaporkan stabil.

Bahagian Perhubungan Awam Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan berkata, Nur Aqilah kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Pesakit dipindahkan dari Hospital Seberang Jaya (Pulau Pinang) pada tengah hari semalam bagi menerima rawatan kebuk mampatan hyperbaric (hyperbaric chamber).

“Pesakit masih kritikal tetapi dalam keadaan stabil di wad ICU,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, rawatan hyperbaric chamber adalah untuk merawat keracunan gas.

Nor Aqilah adalah satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian keracunan karbon monoksida.

Dalam kejadian pada 1 pagi semalam, empat mangsa, Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, dan Ayuni Shazwanie Shabri, 21, bersama pasangan kembar Nor Adilah dan Nor Aqilah berhenti berehat di stesen minyak di Sama Gagah Lebuhraya Plus arah Utara.

Mereka dalam perjalanan pulang dari Pulau Jerejak, Pulau Pinang ke rumah masing-masing dekat Sungai Petani dan Gurun, Kedah.

Empat mangsa yang menuntut di sebuah kolej kejururawatan di Batu Caves itu kemudian ditemui tidak sedarkan diri akibat terhidu karbon monoksida.

Sharifah Fariesha maut di lokasi kejadian manakala Ayuni Shazwanie meninggal dunia dalam perjalanan menerima rawatan di HSJ.

Manakala Nor Adilah meninggal dunia pada 4.23 petang selepas menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

Dalam pada itu, tinjauan Harian Metro di hospital berkenaan mendapati orang awam tidak dibenarkan masuk untuk melawat hospital berkenaan.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Safwan Yaacob ketika dihubungi berkata, dia sekeluarga kini berada di Sungai Petani bagi menguruskan pengebumian Nor Adilah.

“Setakat ini tiada ahli keluarga berada di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan kerana kami sedang menguruskan (pengebumian) Nor Adilah di Sungai Petani.

“Hanya anak saudara saya yang akan memaklumkan perkembangan terkini keadaannya di sana,” katanya.

 

Sumber Bharian

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*