Ziana Zain Dedah Bekas Suami Panas Baran, Pernah Cili Kemaluan Dan Rotan Tangan Anak Hingga ‘Pecah’

Selepas berbulan-bulan kes suami pelakon dan penyanyi Ziana Zain iaitu Armin Zaharin didakwa mencederakan anak, Ziana akhirnya membuka mulut menceritakan kisah sebenar yang terjadi dalam rumah tanggnya.

Dalam sebuah sidang media khas, Ziana memberitahu dia tidak dapat menahan sabar dengan sikap suaminya yang kononnya ingin ‘mengajar’ anak sehingga mendatangkan kecederaaan pada anak-anaknya.

Ziana menjelaskan anak-anaknya pernah teruk dipukul oleh Armin sehingga menyebabkan muka anaknya lebam dan lebih parah tangan anaknya itu ‘pecah’ kerana dirotan.

Dengan penuh hiba Ziana memberitahu, anak kembarnya Muhammad Ariel yang ketika itu berusia 3 tahun pernah dicilikan kemaluan dan duburnya oleh Armin.

Bukan itu saja, Ziana mendedahkan suaminya juga pernah mengambil dadah dan kes anak-anaknya dicederakan adalah faktor utama mengapa dia ingin memfailkan perceraian.

Ziana turut mengaku dia sudah tidak tahan dengan sikap Armin yang panas baran dan cukup mengenali siapa Armin sebenarnya selepas tinggal bersama selama 20 tahun.

Sumber-PerakToday

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*